awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/12/2022
15:13 MYT
Mesyuarat MKT: UMNO pecat seorang ketua bahagian, dua ketua wanita bahagian
Mohd Puad berkata, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk memecat tiga ahlinya, seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita bahagian.
Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat tersebut selesai.
"Ada beberapa keputusan telah dibuat dan saya rasa akan ada sidang media untuk memaklumkan siapa dipecat.
"Mereka dipecat daripada ahli UMNO… mereka bukan ahli MKT… ada yang ketua bahagian.
"Tiga orang dipecat. Dua ketua wanita bahagian, satu ketua bahagian," katanya ketika ditemui di lobi Menara Dato' Onn.
Menurutnya, antara punca utama mereka dipecat ialah kerana mencemuh parti dan juga berkempen untuk parti lain ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Begitupun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama atau bahagian tiga ahli yang dipecat itu.
"Presiden agak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang suka burukkan parti, termasuk bocorkan rahsia MKT," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan mesyuarat pada malam ini turut membincangkan isu dana RM600 bilion melibatkan kerajaan terdahulu.
"Ada bincang isu RM600 bilion. Itu kita serah kepada Perdana Menteri untuk meneruskan siasatan.
"Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada pihak (seleweng)... mereka katakan bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku
"Harap siasatan ini dibuat secara terperinci dan menyeluruh," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Mesyuarat MKT UMNO
#ismail sabri yaakob
#Mahdzir Khalid
#UMNO pecat ketua bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan