awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat OIC dan PBB mengenai Palestin diharap beri impak besar

Eton Khir
Eton Khir
16/05/2021
05:37 MYT
Mesyuarat OIC dan PBB mengenai Palestin diharap beri impak besar
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang percaya tekanan itu lebih memberi kesan berbanding resolusi yang diperdengarkan setiap tahun.
Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), di Peringkat Menteri-Menteri Luar secara maya hari ini dijangka bakal memberi impak yang besar kepada usaha membela rakyat Palestin.
Perkara itu disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz yang percaya tekanan itu lebih memberi kesan berbanding resolusi yang diperdengarkan setiap tahun.
"Tetapi yang lebih konkrit adalah tindakan-tindakan dalam konteks untuk kita, mungkin boikot ataupun menarik balik perjanjian antara negara-negara Israel. Itu yang paling jelas dalam keadaan ini. Itu yang kita nak. Kerana itu, tekanan itu yang mungkin bakal menyebabkan memberi impak yang lebih besar berbanding hanya mendengar resolusi-resolusi yang diperdengarkan setiap tahun," kata beliau dalam temu bual AWANI Pagi pada Ahad.
Beliau turut mengulas, jangkaannya atas tindakan atau langkah yang bakal diambil oleh Pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bakal memberi impak yang besar, khususnya kepada pembelaan dan pembebasan rakyat Palestin yang selama ini dicengkam rejim Zionis Israel.
Sementara itu, mengenai Resolusi 2334, ia menjadi asas kukuh untuk pejabat pendakwa (ICC) untuk memulakan siasatan ke atas jenayah yang dilakukan Israel dalam pendudukan haram di wilayah Palestin sejak tahun 1967.
"Ditekankan di sini bagaimana konsisten (ABIM) dalam menggesa Mahkhamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menguatkuasakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2334 dengan memulakan tindakan undang-undang ke atas Israel dengan kadar segera," tambahnya lagi.
Menurut Faisal, yang turut memegang jawatan Global Peace Mission (GPM) Malaysia, beliau percaya bahawa keputusan itu memberi harapan kepada rakyat Palestin dan seluruh umat Islam untuk dilindungi dari sebarang kezaliman, penindasan dan pelanggaran hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#Palestin
#undang-undang
#PBB
#keselamatan
#Malaysia
#kemanusiaan
#peperangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan