KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri dalam usaha untuk menangani kes penderaan terhadap golongan itu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesyuarat panel itu yang dipengerusikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, akan turut melibatkan keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu atau bapa kanak-kanak itu.
Beliau berkata KPWKM memandang serius terhadap sebarang kes penderaan ke atas kanak-kanak dan dengan kerjasama agensi di bawahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan daripada pelbagai aspek termasuk pelaksanaan dasar dan perundangan, penyampaian perkhidmatan dan khidmat sokongan.
"Antara langkah-langkah segera yang turut dilaksanakan KPWKM adalah mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak kepada Ibu Bapa dan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).
"Melalui Garis Panduan ini, pegawai pelindung JKM mempunyai rujukan dan panduan secara terperinci dalam proses membuat syor pihak yang layak menjadi OYLS, sebelum diputuskan oleh mahkamah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu langkah segera KPWKM dalam menangani masalah penderaan dan sosial membabitkan kanak-kanak.
Dalam hal itu, Nancy berkata beberapa tindakan penguatkuasaan juga telah dilaksanakan terhadap pusat jagaan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penghuni di pusat jagaan berkenaan terjamin.
"Antara yang telah dilaksanakan oleh JKM dalam memastikan pusat-pusat jagaan ini beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan adalah seperti melaksanakan lak atau sita, pendakwaan dan kompaun.
"Pada masa yang sama, Task Force Pemutihan dan Tindakan Penguatkuasaan ke atas pusat jagaan yang tidak berdaftar turut ditubuhkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Tiga kereta di bahu jalan musnah terbakar
Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Iktiraf Presiden PBM: Zuraida gagal dapat kebenaran mahkamah
Zuraida Kamaruddin gagal mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi supaya RoS mengiktirafnya sebagai Presiden PBM.

PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin
PBB menggesa pihak berkuasa Israel supaya mengambil tindakan ke atas "mereka yang bertanggungjawab".

Simone Inzaghi label Man City 'pasukan terkuat dunia'
Anak buah Pep Guardiola menjadi pilihan utama untuk melengkapkan treble sama yang dimenangi oleh Manchester United pada 1999.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Mukah
Warga emas berusia dalam lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai di bawah runtuhan rumah.

Cuaca panas: Suku Semaq Beri ikut adat kembali ke hutan
Sudah menjadi kelaziman bagi mereka meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Sungai Berua dan berpindah ke dalam hutan.

Pulau Pinang milik Kedah: PM sifatkan 'gelojoh kuasa', serah kepada Peguam Negara
Anwar menyerahkan siasatan terhadap kes tersebut kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Anak menangis lihat Shukri Yahaya kemalangan, Ezzrin Loy mohon maaf, datang bawa hadiah
Tular video merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.

Bursa Malaysia diniagakan agak tinggi pada sesi awal dagangan
Bursa Malaysia meningkat untuk dibuka lebih tinggi sedikit pada sesi dagangan awal Selasa.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

Usaha tarik minat kanak-kanak membaca perlu lebih kreatif - Nancy
Galakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.

Kemiskinan haid di Malaysia tidak membimbangkan
Pemberian tuala wanita dijalankan bagi memastikan kumpulan terlibat berada dalam keadaan bersih sewaktu menjalani tempoh haid.

Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.

JKM salur RM2.4 bilion kepada lebih 500,000 penerima bantuan pada 2022 - Nancy
Trend permohonan bantuan berkenaan bertambah saban tahun dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19, pada 2020 dan 2021.

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan
KPWKM menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.

Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Pemilihan penjaga kanak-kanak dipelihara akan diperketat - Nancy
Satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Usahawan wanita: Malaysia jadi tuan rumah AWE Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik
Sidang kemuncak itu memfokuskan usaha meningkatkan kewangan, membina rangkaian serta mengembangkan perniagaan sama ada dalam talian atau fizikal.

KPWKM kenal pasti isu kualiti makanan di PPS
Pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada katering terbabit dan mereka mengakui sukar mendapatkan bekalan bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.