awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet tangani kesesakan lalu lintas awal April

Bernama
Bernama
16/03/2023
06:08 MYT
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet tangani kesesakan lalu lintas awal April
Menurut Anthony, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Pengangkutan selaku sekretariat utama. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk untuk merangka langkah komprehensif dan menyeluruh dalam menangani isu kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Pengangkutan selaku sekretariat utama, akan mengadakan mesyuarat pertama pada awal April.
"Jawatankuasa ini dibentuk kerana isu kesesakan lalu lintas mendapat perhatian serius dan pendekatan terancang akan digunakan dalam menangani isu itu," katanya dalam sidang media di sini selepas majlis pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar melancarkan laluan itu di Depoh Serdang sebelum menaiki MRT menuju ke Putrajaya Sentral untuk merasai sendiri perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.
Loke berkata Perdana Menteri telah menyuarakan komitmen supaya pengangkutan awam terus diberi perhatian dengan memperkukuh serta membangun sistem pengangkutan awam terutama di Klang Valley bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesesakan lalu lintas
#Anthony Loke
#jawatankuasa kabinet
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan