Skip to main content

Malaysia

PRN Negeri Sembilan: Polis terima 11 laporan berkaitan kandungan video sentuh institusi diraja

SEREMBAN, 16 Feb -- Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad ditemui media selepas Majlis Pelancaran Ops Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Senawang, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026)
Alzafny berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Polis menerima sebanyak 11 laporan berkaitan rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi kenyataan menyentuh institusi diraja Negeri Sembilan oleh sebuah parti politik.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan sedang dijalankan bagi meneliti keseluruhan kandungan video serta konteks ucapan berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kandungan tersebut sehingga boleh menjejaskan siasatan dan ketenteraman awam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menggunakan media sosial secara bertanggungjawab serta mengelakkan sebarang kenyataan yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) sehingga boleh menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan akan berlangsung esok manakala hari mengundi ditetapkan pada Sabtu ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement