awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MET: Hujan lebat dan ribut petir akibat peralihan monsun

Bernama
Bernama
01/04/2013
13:12 MYT
MET: Hujan lebat dan ribut petir akibat peralihan monsun
Perubahan cuaca pada masa ini dengan panas pada waktu pagi dan hujan lebat serta petir pada sebelah petang dan malam, adalah berikutan angin peralihan monsun baru bermula, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pengarah Pusat Ramalan Cuaca jabatan itu Muhammad Helmi Abdullah berkata fenomena itu dijangka berlarutan sehingga awal Mei menggantikan angin monsun timur laut yang baru tamat Mac lepas.
"Perubahan cuaca ini biasanya pada sebelah pagi cerah dan petang pula banyak pembentukan awan hujan terjadi.
"Pada waktu ini ribut petir akan berlaku ketika hujan pada petang dan malam. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perubahan cuaca bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Muhammad Helmi berkata, penduduk di pedalaman pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan merancang aktiviti terlebih dahulu pada waktu petang kerana hujan dan ribut petir bersama angin kencang mungkin berlaku.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) Dr Othman Warijo berkata perubahan cuaca yang tidak menentu itu boleh menyumbang kepada peningkatan demam denggi.
"Ini kerana air hujan akan bertakung di bekas-bekas yang terbiar di luar rumah sekaligus memberi peluang kepada nyamuk Aedes untuk membiak.
"Selain itu, suhu juga boleh mempengaruhi pembiakannya (Aedes) kerana dipercayai cuaca panas mempercepatkan lagi proses penetasan telur nyamuk menjadi Aedes dewasa," katanya.
Dr Othman juga berkata selain demam denggi, orang ramai akan mudah demam, batuk dan selesema.
"Terutama sekali kepada kanak-kanak kerana apabila cuaca panas mereka kurang minum air, apabila kurang minum air maka ia akan menyebabkan kekurangan air dalam badan," katanya.
Justeru Dr Othman mengingatkan orang ramai supaya meminum air sekurang-kurangnya enam gelas sehari, selain sentiasa berwaspada bagi memastikan nyamuk Aedes tidak membiak di dalam atau di luar rumah.
Topic Berkaitan
#angin
#cuasa
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#monsun
#Muhammad Helmi Abdullah
#peralihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan