KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, bagaimanapun, operasi pembenihan awan akan dilakukan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin merosot dengan mencatat tahap bacaan 151 hingga 200 melebihi 24 jam.
"Kementerian melalui MetMalaysia bersedia melakukan operasi pembenihan awam di bawah penyelarasan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai," katanya.
Nik Nazmi berkata demikian ketika sesi penerangan berhubung situasi semasa jerebu di negara ini pada persidangan Parlimen, hari ini.
Beliau berkata MetMalaysia turut menyediakan ramalan sehingga lima hari pergerakan jerebu rentas sempadan berdasarkan Model Ramalan Pergerakan Jerebu iaitu Hybrid Single-Particle Lagrangian Integrated Trajectory (HYSPLIT) dan Copernicus Atmospheric Monitoring Service (CAMS).
"Output ramalan pergerakan jerebu juga dimaklumkan kepada orang awam melalui laman web MET Malaysia (http://bencana.met.gov.my)," katanya.
Pada masa yang sama, katanya, situasi pembakaran terbuka di seluruh negara adalah terkawal dan tiada sebarang kes pembakaran terbuka berskala besar yang menyebabkan jerebu tempatan berlaku sepanjang tempoh jerebu yang melanda negara pada masa ini.
"Bagi tempoh sehingga 30 Sept lalu, sebanyak 3,922 aduan kes pembakaran terbuka telah diterima oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan 80 peratus kes melibatkan pembakaran sampah sarap dan sehingga Julai lalu, hanya enam kes pembakaran terbuka berskala besar yang besar di Semenanjung Malaysia dan Sabah antara Mac hingga Julai lalu," katanya.
Bilangan titik panas di dalam negara pada tahun ini juga berkurangan secara signifikan iaitu 714 titik yang dikesan berbanding 2,091 pada 2019 dan penurunan ini memberi impak positif terhadap aktiviti penguatkuasaan bersepadu yang dilaksanakan oleh JAS bagi membanteras insiden pembakaran terbuka.
Beliau berkata selain itu pada bulan depan, negara dijangka akan memasuki fasa Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin yang konsisten dari arah Laut China Selatan di antara 20 hingga 30 kilometer (km) sejam.
Menurutnya, keadaan itu akan membawa beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh dijangka akan berlaku terutama di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak sekali gus mampu membantu menghilangkan masalah itu.
Sementara itu, dalam sesi penggulungan sesi penerangan berkenaan, Nik Nazmi berkata kerajaan akan mengkaji keperluan bagi menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan kerana ia melibatkan isu teknikal dan perundangan antarabangsa.
Katanya, untuk melaksanakan akta berkenaan agak sukar dan mencabar sekiranya ia melibatkan perjanjian secara unilateral.
"Namun, kita akan kaji secara mendalam tentang keperluan transboundary haze act untuk kita melihat bagaimana ambil tindakan (pencemaran jerebu rentas sempadan) sekiranya perlu," katanya.
Menyentuh mengenai tindakan terhadap kerajaan kepada pihak yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan terhadap negara ini, Nik Nazmi berkata buat masa ini, kerajaan Malaysia mengambil pendekatan diplomasi terhadap mana-mana pihak berkaitan perkara itu.
"Setakat ini, kita juga tiada membuat tuntutan ganti rugi ke atas mana-mana negara atau mana-mana syarikat soal punca jerebu. Kita ambil rundingan dan kesepakatan untuk mencari penyelesaian dalam hal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Nik Nazmi berkata, operasi pembenihan awan akan dilakukan sekiranya IPU semakin merosot dengan mencatat tahap bacaan 151 hingga 200 melebihi 24 jam. - Gambar fail/Bernama
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.
[TERKINI] Putin, Anwar bakal bincang perkukuh hubungan
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual berbincang bagi mengukuhkan hubungan dua hala, meliputi isu politik, perdagangan serta kerjasama antarabangsa melalui BRICS, ASEAN dan OIC.
Kenderaan Berat terus ‘makan nyawa’- rapuhkah penguatkuasaan undang-undang?
Sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan, sekali lagi mencetus persoalan: sejauh mana selamatnya jalan raya kita daripada kenderaan berat yang cuai atau uzur? Buletin AWANI 12 tengah hari bersama Tan Sri Lee Lam Thye mengupas isu penguatkuasaan, penyelenggaraan, dan nyawa yang terus menjadi taruhan.
[TERKINI] Pemandu lori batu kerikil direman empat hari
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. Bakri ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.
Nahas trak FRU: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
Nahas trak FRU: Jenazah Akmal Wafi selamat dikebumikan
Lebih 300 terdiri daripada aggota keluarga, penduduk setempat, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Konstabel Akmal Wafi Anuar, 27 tahun yang maut dalam nahas semalam.

Nvidia bekal cip kepada syarikat Arab Saudi Humain untuk kilang AI
Huang mengumumkan kerjasama strategik bersama Humain itu pada sebuah forum pelaburan yang diadakan bersempena lawatan tersebut.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.