awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
Bekas PTD, isteri tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
UCL: Gol tunggal Caicedo bantu Chelsea tundukkan Pafos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
18/10/2025
09:59 MYT
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri
MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap potensi kejadian banjir kilat dan kerosakan akibat angin kencang. - Gambar hiasan/Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka berterusan hingga jam 7 malam di beberapa kawasan seluruh negara.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada jam 4.30 petang pada Sabtu, MetMalaysia memaklumkan bahawa beberapa negeri diramal mengalami ribut petir, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.
Antara kawasan yang dijangka terjejas di Kedah ialah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan daerah seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.
Beberapa kawasan di Kelantan yang turut dijangka menerima impak ribut ialah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, selain Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Di negeri Pahang, hujan lebat dan angin kuat dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin, manakala di Selangor pula, daerah Klang dan Petaling termasuk dalam senarai amaran.
Negeri Johor turut terlibat dengan kawasan seperti Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Di Sabah pula, amaran dikeluarkan untuk kawasan pedalaman termasuk Nabawan, Keningau dan Tambunan, serta Pantai Barat seperti Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, selain Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.
MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap potensi kejadian banjir kilat dan kerosakan akibat angin kencang. Aktiviti luar dan laut dinasihatkan untuk ditangguhkan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#ramalan cuaca
#cuaca buruk
#hujan lenbat
#angin kencang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan