awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maduro kepada anak: "Kami sihat, saya seorang pejuang"
Laluan baharu bas Makkah hubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira
Elakkan budaya kerja pantas hanya kerana isu viral - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2025
23:00 MYT
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 pagi ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 6.30 pagi, amaran tersebut melibatkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.
Antara kawasan terlibat di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang. Di Selangor pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Selain itu, Sabah turut dijangka mengalami cuaca buruk dengan amaran ribut petir di kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Beluran) serta Kudat (Pitas).
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh amaran dikeluarkan serta memantau maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan media sosial jabatan itu.
Topic Berkaitan
#ribut petir
#hujan lebat
#MetMalaysia
#amaran ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan