Anggota keluarga kepada seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang terkorban dalam nahas 17 Julai lalu, akhirnya dapat menarik nafas lega kerana jenazahnya telah berjaya dikenal pasti.
Meskipun masih diselubungi kesedihan, namun bagi Siti Nurhidayah Mahmood, 23, adik kepada Allahyarham Shaikh Mohd Noor Mahmood, 44, penantian selama dua bulan kini berakhir apabila beliau dan anggota keluarga menerima berita baik berhubung penemuan itu pada Ahad.
"Akhirnya kami dapat menarik nafas lega, sekurang-kurangnya jenazah arwah abang (Shaikh Mohd Noor) sudah dijumpai dan kami sekeluarga berasa syukur kerana jenazah bakal dibawa pulang.
"Sebaik sahaja terima panggilan daripada pihak MAS, enam daripada anggota keluarga kami sudah berlepas ke Armsterdam malam tadi bagi proses pengurusan membawa balik jenazah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana bertungkus-lumus membawa pulang kesemua jenazah mangsa MH17, termasuk Shaikh Mohd Noor yang juga abang sulungnya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Negeri Selangor, David Ang berkata anggota keluarga Liew Yau Chee, 38, mangsa nahas MH17 yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Selangor masih belum boleh ditemui media kerana masih dalam keadaan sedih.
"Anggota keluarga Liew berhasrat untuk menunggu kepulangan mayat mendiang isterinya (Lee Kiah Yeen yang masih belum ditemui) sebelum mengadakan upacara keagamaan," kata Ang.
Ang, yang juga Bendahari Agung Gerakan berkata pihaknya bersedia untuk membantu anggota keluarga Liew.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan empat lagi jenazah mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan dijangka akan dibawa pulang dalam masa terdekat.
Menurut Liow, dua daripadanya iaitu Muhammad Afzal Tambi, 17, dan Marsha Azmeena Tambi, 15, telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang, manakala dua lagi iaitu Shaikh Mohd Noor dan Liew masih dalam proses pengurusan jenazah.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, pesawat itu juga membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Bernama
Tue Sep 16 2014
Anggota keluarga Allahyarham Shaikh Mohd Noor (gambar) akhirnya dapat menarik nafas lega setelah jenazahnya sudah dikenal pasti.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.