awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Kotak hitam perlu segera dibuka dan dianalisis - Aziz

Bernama
Bernama
22/07/2014
23:46 MYT
MH17: Kotak hitam perlu segera dibuka dan dianalisis - Aziz
Seorang pakar dari Malaysia memeriksa kotak hitam MH17 ketika ia diserahkan kepada Malaysia, semalam. -EPA/ROBERT GHEMENT
Kotak hitam pesawat MH17 perlu dibuka segera dan dianalisis di makmal berhampiran lokasi kejadian bagi mendapatkan data rakaman penerbangan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata ini selaras dengan peruntukan undang-undang Pertubuhan Pengangkutan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menetapkan mana-mana kotak hitam perlu dibuka dan dianalisis selepas ditemui.
"Ada beberapa makmal di seluruh dunia yang mampu menganalisa kotak hitam dan saya berpendapat makmal paling hampir adalah di United Kingdom.
"Ia adalah lokasi sesuai dan wajar kerana makmal itu mempunyai kelengkapan yang boleh digunakan pakar penyiasatan antarabangsa dan juga Malaysia.
"Ini juga bermakna, kotak hitam itu tidak perlu dibawa balik ke Malaysia kerana melanggar peratutan ICAO," katanya.
Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat kepada pasukan penyiasat Malaysia hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis malam.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#kotak hitam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan