awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: MOT koordinasi dengan Wisma Putra keluar kenyataan ulas keputusan ICAO

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/05/2025
09:25 MYT
MH17: MOT koordinasi dengan Wisma Putra keluar kenyataan ulas keputusan ICAO
ICAO telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh pesawat MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. - Gambar/ Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang melakukan koordinasi dengan Wisma Putra untuk mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pengangkutan sedang berkoordinasi dengan Wisma Putra untuk mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan ICAO yang memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden MH17.
  • Menteri Pengangkutan akan menerbitkan kenyataan media sebagai respons kepada kenyataan ICAO dalam masa terdekat.
  • ICAO telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh pesawat MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata koordinasi itu perlu dilakukan bagi memastikan kenyataan yang dikeluarkan selaras dengan dasar luar negara.
"Jemaah Menteri telah meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak ICAO yang mana ia adalah berkenaan dengan penembakan pesawat MH17 yang telah berlaku pada Julai 2014.
"Menteri Pengangkutan telah memaklumkan bahawa satu kenyataan media akan diterbitkan oleh Kementerian Pengangkutan sebagai respons kepada kenyataan daripada ICAO dan kita boleh jangkakan dalam masa yang terdekat.
"Ada sedikit koordinasi dengan Wisma Putra, jadi kita minta rakan-rakan media untuk nantikan kenyataan rasmi daripada Kementerian Pengangkutan... mungkin dalam tempoh sehari atau dua," katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.
Pada Selasa, ICAO telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh pesawat MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, menurut kenyataan kerajaan Belanda.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#MH17
#Kenyataan Media
#Menteri Pengangkutan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan