Wang pampasan mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 akan dimasukkan ke dalam akaun waris kira-kira tiga minggu selepas proses dokumentasi dan kertas kerja selesai, kata Pengarah Krisis MH370/MH17, Fuad Sharuji.
Beliau berkata terlebih dahulu waris perlu membuktikan pertalian dengan mangsa dengan memberikan dokumen seperti sijil kelahiran dan sijil perkahwinan yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
Menurutnya selepas dokumen berkenaan sudah disah dan diserahkan maka bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun waris dalam tempoh tiga minggu.
"Peguam kami akan menghubungi waris dan akan membantu mereka dalam proses dokumentasi tersebut," katanya dalam program 'Landskap' terbitan RTM1 yang dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar dan Shuhaimi Mohamed.
Program tersebut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Komunikasi Korporat MAS, Datuk Najmuddin Abdullah Fuad berkata jumlah pampasan dijangka akan dibayar lebih dari apa yang ditetapkan oleh Konvensyen Montreal 1999 tapi jumlah pampasan tersebut tidak boleh didedahkan lagi.
"Pampasan kita lebih dari skema minima (Konvensyen Montreal)...kita bagi satu jumlah (pampasan)... mungkin ada pelarasan tertentu jika waris dapat buktikan penumpang patut dapat lebih (pampasan).
"Contohnya, ahli keluarga atau mangsa berpendapatan tinggi, umur masih muda dan patut dapat lebih banyak...kita boleh pertimbangkan," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai syarikat insurans hayat, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang telah menyelesaikan hampir kesemua tuntutan bernilai RM16.875 juta oleh anggota keluarga dan waris.
Jelasnya, itu adalah insurans nyawa yang diambil sendiri penumpang yang ada insurans dan tidak perlu menunggu deklarasi untuk tuntutan dan pembayaran.
Beliau berkata ini berbeza berbanding MAS yang memberikan pampasan berikutan penumpang menggunakan perkhidmatan penerbangannya.
Menjelaskan mengenai keperluan deklarasi kematian penumpang pesawat MH370, Fuad berkata kerajaan memutuskan untuk membuat deklarasi bagi memudahkan pampasan disalurkan kepada mangsa terlibat.
Beliau berkata tanpa deklarasi, waris terpaksa menunggu sehingga tujuh tahun (untuk isytihar seseorang yang hilang itu telah mati) untuk meneruskan dengan tuntutan pampasan.
"Memang boleh bagi pampasan tanpa deklarasi. Tapi deklarasi penting untuk waris dapatkan pengesahan.
"Kalau ikut perundangan, kena tunggu tujuh tahun. Tapi adakah kita hendak tunggu? Jadi kerajaan ambil keputusan untuk buat deklarasi dan kita boleh ambil kesempatan ini untuk teruskan dengan pampasan," katanya.
Khamis lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan pesawat penerbangan sebagai nahas di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal dianggap terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777-200ER itu tetap menjadi keutamaan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hiland daripada imbasan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.
Pesawat milik MAS itu sepatutnya tiba di ibu negara China itu pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Mon Feb 02 2015
Salah seorang waris keluarga penumpang pesawat MH370 yang berada di Putrajaya sewaktu pengumuman khas oleh DCA Malaysia - Foto AWANI/Shahir
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MH370: MAS bayar pampasan dalam tempoh tiga minggu selepas dokumentasi
Wang pampasan mangsa tragedi MH370 akan dimasukkan ke dalam akaun waris kira-kira tiga minggu selepas dokumentasi selesai.