Dua serpihan ditemukan di Mozambique tiba di Australia pagi Ahad untuk pemeriksaan dan pengesahan sama ada ia milik pesawat MH370 yang hilang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Proses pemeriksaan itu dijadual bermula esok (21 Mac), katanya dalam kenyataan hari ini.
Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 akan membantu dalam pemeriksaan dan analisis serpihan itu oleh pakar-pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Malaysia Airlines dan Boeing untuk mengesahkan asal usulnya.
Liow berkata: "Kedua-dua serpihan itu akan hanya diperiksa di Canberra dengan kehadiran pakar-pakar berkenaan.
"Proses pemeriksaan akan bermula pada 21 Mac, dengan bantuan pasukan pakar, kami berharap untuk mendapat hasil keputusan pemeriksaan serpihan itu dengan secepat mungkin".
Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Usaha mencari pesawat itu sedang dilakukan di selatan Lautan Hindi.
Serpihan pertama ditemukan di Mozambique manakala serpihan kedua juga ditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.
Pasukan Malaysia dianggotai DCA, Malaysia Airlines dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 mendapatkan serpihan itu daripada pihak berkuasa Afrika Selatan.
"Dengan mengambil kira kesedihan dialami keluarga penumpang dan anak kapal MH370, saya sekali lagi menggesa orang ramai dan pihak berkepentingan untuk mengelak membuat spekulasi dan komen tidak berasas sehingga asal usul kedua-dua keping serpihan itu disahkan oleh kapal," kata Liow.
Satu-satunya serpihan milik MH370 yang ditemukan setakat ini adalah sekeping flaperon yang ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis pada Julai tahun lepas.
Liow berkata Malaysia komited sepenuhnya dalam meneruskan usaha mencari MH370 dan akan memaklumkan sebarang perkembangannya dari semasa ke semasa kepada keluarga penumpang dan anak kapal.
Bernama
Sun Mar 20 2016
LIOW: Kami berharap untuk mendapat hasil keputusan pemeriksaan serpihan itu dengan secepat mungkin
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Tinjauan Pendapat Selangor EMGC (34 Kerusi DUN Majoriti) Melayu
Pihak EMGC menjelaskan, terdapat beberapa pandangan yang tidak dapat membezakan antara pelaporan dan analisis.
Kuhan mahu analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara
Katanya, analisis itu juga bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta "flicker" untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.
Ringgit dijangka diuji pada paras 4.75 berbanding Dolar AS minggu depan
Unjuran ekonomi Malaysia terus mencabar berikutan pelabur telah mempertimbangkan potensi kepada kemelesetan ekonomi, kata Patrick Chang.
Kerajaan jalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19
Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.
UEL: Solskjaer tekad bawa United ke final
Walaupun Solskjaer telah meningkatkan kedudukan Liga Perdana Inggeris sejak memegang jawatan pada Disember 2018, dia masih belum memenangi trofi.
Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.
COVID-19: 15,858 sampel diambil di Labuan, 3,324 masih tunggu keputusan
Sebanyak 3,500 sampel dianggarkan diambil di penempatan itu untuk dianalisis dan masih ada 1,800 sampel akan diambil secara berperingkat sehingga 3 Nov.
Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.
SPRM belum buka kertas siasatan berkaitan 101 projek rundingan terus - Azam
Pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.