Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa serpihan yang dipercayai daripada pesawat terbabit.
Itu antara isi kandungan laporan Interim yang dikeluarkan Pasukan Penyiasat Keselamatan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia hari ini.
Laporan itu turut menyatakan usaha berterusan akan dijalankan untuk mengumpul dan memeriksa kesemua serpihan baru yang ditemui.
Laporan terkini berkenaan serpihan yang ditemui telah diterbitkan pada 30 April 2017 bersama-sama dengan laporan pemeriksaan serpihan, dan ia boleh didapati di laman web Kementerian Kementerian Pengangkutan dan Multimedia Malaysia.
"Seperti yang dilaporkan dalam Penyataan Interim yang dikeluarkan pada tahun 2017, tiga serpihan disahkan dari MH370 ialah flaperon kanan, satu bahagian daripada outboard flap kanan, dan satu bahagian outboard flap kiri.
"Beberapa serpihan lain telah disahkan hampir pasti dari MH370, termasuk beberapa barangan dari dalam kabin," kata Ketua Pasukan Penyiasat MH370, Datuk Kok Soo Chon dalam satu siaran khas penyata interim Keempat di Saluran Astro AWANI di sini, hari ini.
Pada 10 Januari, kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited MH370 untuk melakukan pencarian selama 90 hari di kawasan yang dianggap lokasi di mana bangkai pesawat itu mungkin dapat ditemui.
Aktiviti pencarian rasmi yang diselaraskan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah dihentikan pada 17 Januari 2017.
Pada 3 Oktober 2017, ATSB menerbitkan laporan yang memperincikan pencarian dan membuat kesimpulan dan cadangan yang berkaitan dengan aktiviti carian.
Laporan carian ATSB berasingan dan berbeza daripada Laporan Keselamatan yang diperlukan di bawah ICAO Annex 13.
"Penyiaran laporan siasatan terperinci, iaitu Laporan Keselamatan, berdasarkan maklumat yang ada sekarang telah digantung sementara menunggu hasil usaha pencarian terkini, kerana terdapat bukti baru yang dijumpai dan berkemungkinan besar akan mempengaruhi siasatan.
"Sekiranya pesawat itu ditemui, pasukan penyiasat akan menjalankan siasatan lanjut. Sekiranya pesawat itu tidak dijumpai dan keputusan untuk menghentikan pencarian dibuat, pasukan itu akan tetap menyiapkan laporan tersebut dan mengeluarkannya untuk maklumat orang awam, " tambahnya lagi.
Pasukan penyiasat yang bertanggungjawab terdiri daripada 19 rakyat Malaysia dan tujuh orang wakil dari tujuh agensi penyelidikan keselamatan dari tujuh buah negara iaitu China, Malaysia, Perancis, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Astro Awani
Thu Mar 08 2018
Pencarian pesawat MH370 di tenggara pesisir pantai benua Afrika dan pulau-pulau berdekatan, menemui beberapa serpihan. - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.