awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Tiada keperluan bagi Malaysia mohon maaf sekarang, kata Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2014
00:15 MYT
MH370: Tiada keperluan bagi Malaysia mohon maaf sekarang, kata Hishammuddin
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada keperluan bagi Malaysia membuat permohonan maaf kepada ahli keluarga penumpang MH370 buat masa sekarang.
Menurutnya, beliau tidak melihat sebab untuk mengeluarkan kenyataan maaf berikutan pihak berkuasa masih menyiasat punca kehilangan pesawat berkenaan.
Katanya, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) juga sedang menjalankan inkuiri dalaman selain Kementerian Pengangkutan mengadakan inkuri melibatkan antarabangsa.
Jelas Hishammuddin, hanya selepas siasatan selesai, langkah seterusnya termasuk permohonan maaf akan dipertimbangkan.
Malaysia telah menjadi sasaran kritikan beberapa pihak di dunia berikutan usaha mengesan pesawat MH370 masih di jalan buntu.
Bagaimanapun semalam, Hishammuddin dalam sidang media mengatakan pihaknya tidak akan lakukan apa-apa berbeza meskipun kritikan dilempar terhadap mereka.
Katanya sejarah akan nilai usaha Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab serta setiap maklumat yang diperolehi disahkan terlebih dahulu.
Tambahnya usaha yang dilakukan adalah berdasarkan komitmen terhadap maklumat sahih, dan Malaysia telah lakukan yang terbaik, secara adil dan telus dan sejarah akan nilaikannya.
Topic Berkaitan
#hishammuddin tun hussei
#MH370
#minta maaf
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan