Penubuhan Pusat Perakaunan Profesional diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 pada Jumaat merupakan "berita terbaik" bagi Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Presiden MIA Johan Idris yang jelas gembira dengan pengumuman itu berkata ini menunjukkan kerajaan sedar akan keperluan untuk meningkatkan jumlah akauntan profesional sebagai sebahagian pembangunan modal insan di bawah agenda Bumiputera.
Beliau memberitahu Bernama bahawa beliau juga gembira dengan langkah kerajaan memilih MIA sebagai badan pengawal bagi profesion perakaunan, akan menubuhkan pusat itu menerusi usahasama dengan Universiti Teknologi MARA, lokasi pusat itu akan ditempatkan.
"MIA akan memainkan peranannya dan akan melakukan yang terbaik untuk merealisasikan aspirasi kerajaan itu," katanya yang menyambut baik pengumuman Najib itu yang menurut perdana menteri adalah sebahagian pembangunan modal insan Bumiputera.
Perdana Menteri berkata pembangunan modal insan adalah aspek penting bagi memperkasa agenda Bumiputera.
Johan berkata MIA menyasarkan untuk menggandakan jumlah akauntan profesional di negara ini kepada 60,000 daripada lebih 30,000 ketika ini menjelang 2020 iaitu tarikh Malaysia disasar menjadi negara maju.
Ini akan dilaksanakan dengan membabitkan sekolah-sekolah dan universiti-universiti dan mempromosikan perakaunan sebagai profesion unggul yang menyediakan kerjaya baik.
Johan berkata walaupun ia tugas sukar untuk menambah jumlahnya sebanyak 30,000 dalam masa hanya enam tahun, namun negara mempunyai keupayaan dan kepelbagaian untuk mendapatkan bakat baik untuk menceburi profesion itu, termasuk meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera kepada 25 peratus daripada hanya lapan peratus ketika ini.
Bernama
Sun Oct 12 2014
MIA sambut baik penubuhan Pusat Perakaunan Profesional - Gambar fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjuta lesap, akaun atlet pecut Usain Bolt kini hanya berbaki AS$12,000
Bolt tidak membuat pengeluaran atau pemindahan daripada akaun itu, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang jika wang itu tidak dikembalikan.
Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
Lelaki mengaku tidak bersalah tawar skim pelaburan tidak wujud
Iskandar Isahak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tiada arahan wajib 'Like', 'Share' media sosial menteri - KKMM
Tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.
Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.
Aplikasi Sugarbook: Pelajar kolej terkejut, kecewa gambar disalah guna
Seorang remaja perempuan membuat laporan polis di Kota Sarang Semut di sini, hari ini selepas mendapati gambarnya disalah guna dengan dimuat naik dalam aplikasi Sugarbook.
Twitter gantung akaun kedutaan China di AS, dakwa kenyataan sokong kekejaman di Xinjiang
Twitter menggantung akaun rasmi kedutaan China di Amerika Syarikat (AS) gara-gara satu ciapan mempertahankan polisi China terhadap etnik minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Bagaimana ingin mengesan jika sesebuah akaun media sosial itu palsu?
Pernahkah anda berasa ragu-ragu dengan kewujudan sesebuah akaun di laman media sosial sehingga anda tertanya-tanya sama ada akaun tersebut palsu atau tidak?