awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIASA lancar talian bantuan untuk kesihatan mental

Bernama
Bernama
12/10/2021
10:48 MYT
MIASA lancar talian bantuan untuk kesihatan mental
Inisiatif itu adalah usaha untuk memperkukuh bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis akan membantu talian tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) hari ini melancarkan talian bantuan krisis, MIASA_YSD-1-800, yang menghubungkan pemanggil dengan sukarelawan dan individu terlatih dalam kesihatan mental yang dapat memberikan empati dan membantu mereka yang memerlukan.
Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata, inisiatif yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby (YSD) dan disokong oleh Maxis dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah usaha untuk memperkukuhkan lagi bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis akan membantu talian tersebut bermula Isnin ini.
"Apa yang unik mengenai sukarelawan pasukan krisis kami adalah mereka dapat menemui orang yang mengalami krisis, dan mereka tidak terbatas hanya berbual di telefon dengan orang tersebut. Kami dapat berusaha lebih jauh dan melakukan lebih banyak perkara untuk orang yang memerlukan.
"Mereka yang ingin mendapatkan pertolongan boleh menghubungi talian bantuan krisis MIASA yang baru dilancarkan ini di 1-800-820066 mulai Isnin minggu depan," katanya dalam satu kenyataan mengenai talian itu yang dilancarkan oleh Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi secara maya hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Yatela Zainal Abidin yakin sumbangan itu dapat membantu mengurangkan keterbatasan sumber semasa, supaya pakar dan sukarelawan dapat memberi tumpuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
"YSD menyedari penurunan keadaan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa sukar yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kami sangat bimbang mengetahui KKM menerima 166,869 panggilan mengenai masalah kesihatan mental antara Januari hingga September 2021, yang hampir empat kali lebih banyak panggilan diterima berbanding kepada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
"Kami memahami bahawa jumlah orang yang menghubungi MIASA untuk mendapatkan sokongan berganda daripada sebelumnya. Individu ini meminta pertolongan, bimbingan dan teman semasa waktu sukar mereka, yang boleh mengakibatkan insiden malang jika sokongan yang tepat tidak diberikan segera ketika mereka memerlukannya," katanya.
Ras Adiba, Senator mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mengucapkan tahniah kepada Anita dan pasukan MIASA atas inisiatif dan usaha mereka dalam memerangi stigma dan diskriminasi, selain terus meningkatkan dan memperkuatkan perkhidmatan dan sokongan yang diberikan kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIASA
#kesihatan mental
#talian bantuan krisis
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan