awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC pecat bekas Ketua Bahagian Bukit Gelugor

Bernama
Bernama
02/03/2014
00:00 MYT
MIC pecat bekas Ketua Bahagian Bukit Gelugor
Jawatankuasa Disiplin MIC memecat seorang anggota parti itu semalam kerana membuat kenyataan bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel tidak wajar dibenar berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kajang.
Pengerusinya Tan Sri Dr K.S. Nijhar berkata bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor K. Loganathan dipecat kerana gagal memberi bukti untuk menyokong dakwaan negatif dibuatnya terhadap presiden parti.
Katanya Loganathan, yang hadir di ibu pejabat MIC semalam, gagal mengemukakan bukti berkenaan.
"Penjelasan diberinya tidak memuaskan. Oleh itu, jawatankuasa membuat keputusan memecat Loganathan daripada parti, berkuat kuasa serta-merta.
"Bagaimanapun, Loganathan mempunyai masa 14 hari untuk merayu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) berhubung keputusan itu," katanya apabila dihubungi hari ini.
Pada 21 Feb, sebuah portal berita memetik Loganthan sebagai berkata Palanivel tidak patut dibenarkan berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor, dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.
Empat hari kemudian, Jawatankuasa Disiplin megeluarkan surat tunjuk sebab kepada Loganathan dan memintanya memberi penjelasan tentang perkara itu.
Menurut Nijhar, Jawatankuasa Disiplin MIC dalam mesyuaratnya pada 17 Feb memutuskan Loganathan adalah antara 10 pemimpin parti yang diletakkan di bawah pemantuan jawatankuasa itu.
Katanya jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat sekali lagi dalam tempoh dua bulan akan datang untuk membuat keputusan muktamad sama ada tindakan disiplin perlu diambil terhadap mana-mana mereka demi kepentingan parti.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri G. Palanivel
#MIC
#Tan Sri Dr K.S. Nijhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan