GADGETS
Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon

Kayu CLT ini lebih ringan dan mudah dibina, walaupun lebih mahal, dan diharapkan dapat mengurangkan kos pembangunan serta penggunaan bahan mentah yang tidak boleh diperbaharui. -Amanz
MICROSOFT ialah antara syarikat yang mahu mengurangkan kadar jejak karbon mereka ke sifar menjelang 2030.
Ringkasan AI
- Microsoft sedang membangunkan pusat data baharu menggunakan kayu balak cross-laminated timber (CLT) untuk mengurangkan jejak karbon, menggantikan besi dan konkrit yang biasa digunakan.
- Kayu CLT ini lebih ringan dan mudah dibina, walaupun lebih mahal, dan diharapkan dapat mengurangkan kos pembangunan serta penggunaan bahan mentah yang tidak boleh diperbaharui.
- Penggunaan kayu CLT dijangka dapat mengurangkan jejak karbon pembinaan pusat data sebanyak 35% dan mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 65%.
Untuk ini, Microsoft sedang mencuba sesuatu yang baharu, di mana mereka telah mula membangunkan sebuah pusat data yang mana rangka luarannya dibina menggunakan kayu balak cross-laminated timber (CLT) untuk mengurangkan jejak karbon.
Dalam sebuah video yang dikeluarkan oleh Intel baru-baru ini, mereka sedang membangunkan sebuah pusat data baru di North Virginia, di mana Microsoft akan menggantikan besi dan konkrit yang digunakan untuk lantai dan dinding dengan kayu CLT ini.
Lapisan konkrit nipis akan digunakan untuk memastikan kayu CLT ini tahan lebih lama.
Ini akan mengurangkan kos pembangunan dari segi penggunaan tenaga kerja dan juga bahan mentah yang tidak boleh diperbaharui.
Bukan itu sahaja, Microsoft juga menjangkakan bahawa mereka boleh mengurangkan jejak karbon daripada pembinaan pusat data sebanyak 35 peratus apabila membina menggunakan kayu CLT, dan mengurangkan kebergantungan terhadap konkrit dan juga logam.
Gas rumah hijau juga boleh dikurangkan sebanyak 65 peratus apabila membangunkan pusat data ini, dan mula untuk menggunakannya. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami