awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft dakwa sistem, kod sumber dalaman diakses penggodam Rusia

Amanz
Amanz
10/03/2024
04:42 MYT
Microsoft dakwa sistem, kod sumber dalaman diakses penggodam Rusia
Microsoft mendakwa kumpulan itu menggunakan serangan kaedah “password spray” atau salah satu kaedah “brute force” yang mana mengumpulkan sejumlah nama pengguna dan menggunakan pelbagai potensi kata laluan untuk cuba log masuk. -Gambar fail/ETX
MICROSOFT mendakwa penggodam dari Rusia dikenali sebagai “Midnight Blizzard” telah mengakses sistem dalaman termasuk mengakses beberapa kod sumber, lanjutan serangan siber pada Januari lepas.
Ketika serangan Januari lepas, Microsoft mendapati kumpulan ini menggunakan serangan kaedah “password spray” atau salah satu kaedah “brute force” yang mana mengumpulkan sejumlah nama pengguna dan menggunakan pelbagai potensi kata laluan untuk cuba log masuk.
Ketika itu, akaun yang terkesan didapati tidak mengaktifkan ciri pengesahan dwifaktor, sekali gus membawa kepada penggodam menceroboh sistem Microsoft.
Tidak berhenti setakat itu, Microsoft kini mendapati penggodam berkenaan menggunakan informasi daripada godaman ketika Januari lepas, untuk terus menyerang dan cuba menceroboh sistem Microsoft untuk beberapa minggu kebelakangan ini.
Apa pun, Microsoft menyatakan buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang bukti memperlihatkan sistem yang diakses oleh pengguna digodam atau diceroboh.
Penggodam yang dikenali dengan nama Midnight Blizzard ini dikatakan bertugas untuk pihak Russia Foreign Intelligence Service.
Microsoft menyasarkan serangan dan aktiviti kumpulan penggodam berkenaan akan berterusan, dan pihak mereka akan terus berkongsi sebarang perkembangan semasa melibatkan hal ini. -Amanz
Dapatkan berita berkaitan Identiti Digital Nasional di sini
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Rusia
#serangan siber
#Midnight Blizzard
#password spray
#Brute force
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan