awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Sony dijangka mula jual kereta elektrik Afeela tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft umum model AI 'Phi-Silica' pada semua Copilot+ PC

Amanz
Amanz
22/05/2024
04:58 MYT
Microsoft umum model AI 'Phi-Silica' pada semua Copilot+ PC
Kelebihan Copilot+ PC ialah ia mampu memproses fungsi AI pada peranti seperti Recall yang mengingati semua kegiatan pemilik dalam tempoh tiga bulan. -Gambar fail/Amanz
SEMALAM Microsoft mengumumkan Copilot+ PC yang merupakan kategori baharu PC dengan kemampuan AI terbina, sekali gus menguburkan kategori AI PC yang baru berusia beberapa bulan.
Kelebihan Copilot+ PC ialah ia mampu memproses fungsi AI pada peranti seperti Recall yang mengingati semua kegiatan pemilik dalam tempoh tiga bulan.
Ramai tertanya-tanya apakah model AI yang digunakan bagi membolehkan kemampuan ini dijalankan terus pada sebuah Copilot+ PC.
Jawapannya ialah model baharu Phi-Silica dengan 3.3 bilion parameter.
Ini menjadikannya lebih kecil berbanding Phi-3 Mini untuk telefon pintar dengan 3.8 bilion parameter yang diumumkan pada bulan April lalu.
Kesemua ciri AI yang diproses NPU Copilot+ PC akan menggunakan mod Phi-Silica.
Dengan saiznya yang kecil, ia mampu menjalankan proses inferens dengan pantas serta pada kuasa yang rendah, sekali gus tidak menjejaskan bateri sebuah komputer riba.
Phi-Silica dikategorikan sebagai Model Bahasa Kecil (SLM) dan adalah yang terkecil dalam keluarga Phi.
Selain Phi-Silica dan Phi-3 Mini, terdapat juga Phi-3-Vision dengan 4.2 bilion parameter, Phi-3-Small mempunyai 7 bilion parameter, dan Phi-3-Medium dengan 14 bilion parameter. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#Copilot PC
#recall
#Phi-Silica
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan