PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah menolak rayuan N. Raman terhadap sabitan dan hukumannya.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mengesahkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi terhadap Raman oleh Mahkamah Sesyen.
"Tidak ada kesalahan undang-undang dan fakta yang boleh dirayu untuk membenarkan campur tangan rayuan," katanya.
Raman, 48, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di Melaka pada 7 Dis 2018 atas tiga pertuduhan memiliki dadah.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kenari Jaya Utama, Taman Kenari Jaya, Durian Tunggal, Melaka pada 2 petang, 30 Mei 2017.
Raman dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama memiliki 102.01 gram kanabis.
Bagi pertuduhan kedua memiliki 1.93 gram metahmphetamine, dia dikenakan hukuman penjara setahun dan bagi pertuduhan ketiga memiliki 1.14 gram heroin dan monoacetylmorphine, dia juga diarah menjalani hukuman penjara setahun.
Mahkamah Sesyen memerintahkan Raman menjalani hukuman penjara itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Mei 2017.
Mahkamah Tinggi Melaka menolak rayuannya pada 11 Jan tahun lepas.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman manakala Raman diwakili peguam Datuk Amardas Jethanand dan Yok Jiang Lin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah. - Gambar hiasan

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Ikuti infografik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Indeks Harga Pengguna (IHP) 2021.

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah
Suspek telah melanggar kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri.

Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.

Penganggur buat pusingan U lari SJR, positif dadah
Suspek seorang penganggur dan semakan lanjut mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Penyamun kaki menghendap dicekup
Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

Dadah: 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2009
Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.

318 penagih, pembekal dadah ditahan di Johor dalam tempoh 2 hari
Seramai 318 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah di Johor dalam Op Tapis Khas yang dijalankan selama dua hari, bermula 21 Jun.

Bapa sepupu kanak-kanak tertelan dadah dipenjara tiga tahun
Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, Heroin dan Methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar.