awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minat miliki senjata api membawa padah

Raffi Bachik
Raffi Bachik
12/02/2018
09:14 MYT
Minat miliki senjata api membawa padah
Tindakan suspek itu berjaya dihidu pihak polis apabila lelaki terbabit menjual senjata api tiruan menjadi tular di laman sosial Facebook baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
Minat mendalam seorang peniaga terhadap barangan senjata api membawa padah apabila dia ditahan pihak polis selepas disyaki menjual 12 pucuk pistol tiruan bernilai kira-kira RM10,000.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, suspek berusia lingkungan 40-an yang berasal dari Negeri Sembilan itu dipercayai mendapatkan bekalan secara atas talian dari negara china.
Menurutnya, tindakan suspek itu berjaya dihidu pihak polis apabila lelaki terbabit menjual senjata api tiruan menjadi tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.
“Bertindak hasil risikan dan maklumat, sepasukan Unit Penguatkuasaan dan Risikan perlesenan Melaka membuat serbuah di sebuah gerai di Pahlawan Walk, Jalan Plaza Mahkota di sini sebelum menahan suspek sekitar 9.30 malam, Jumaat lalu. Antara pistol tiruan yang dirampas pihak polis dalam serbuan di sebuah gerai di Pahlawan Walk di sini pada Jumaat lalu.
Antara pistol tiruan yang dirampas pihak polis dalam serbuan di sebuah gerai di Pahlawan Walk di sini pada Jumaat lalu.
“Hasil serbuan ke atas sebuah gerai menjual kasut milik suspek, pasukan polis menemui beberapa senjata menyerupai senjata api di rak belakang kedai tanpa permit sah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Abdul Jalil memberitahu, berdasarkan siasatan, suspek baru sahaja dua bulan menjalankan aktiviti penjualan tersebut dengan nilai setiap pistol antara RM800 hingga RM1,000 setiap satu.
Mengulas lanjut katanya, selain 12 senjata api tiruan pelbagi jenis itu, polis turut merampas satu kotak plastik warna biru, satu rak besi warna putih dan satu beg jenama Ferrari.
Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tidak menjual mahupun membeli senjata api tiruan.
Topic Berkaitan
#Abdul Jalil Hassan
#minat
#Pahlawan Walk
#pistol tiruan
#Plaza Mahkota
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan