awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu

Bernama
Bernama
19/01/2023
10:19 MYT
Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu
Mindef tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan kepada pihak berkuasa. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membatalkan lima perolehan membabitkan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur sebagai langkah bagi mengelak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan terhadap proses itu.
Mindef dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kementerian itu melaksanakan perolehan aset secara tender terbuka bagi keperluan ketiga-tiga cabang perkhidmatannya.
"Ia selaras dengan dasar kerajaan masa ini yang mengutamakan ketelusan dan nilai untuk wang.
"Mindef juga mengambil perhatian serius terhadap kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ketirisan perbelanjaan ketika Majlis Dialog Belanjawan Negara 2023 pada Selasa lepas," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut sebarang ketirisan dan salah laku sepanjang perolehan adalah sesuatu yang tidak akan dikompromi dengan pihak yang melakukan salah laku demi kepentingan peribadi.
"Mindef juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan sebarang ketirisan dan ketidaktelusan terhadap proses perolehan kepada pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mindef
#tender terbuka
#Anwar Ibrahim
#ketirisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan