ALOR GAJAH: Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang memperincikan pelbagai aspek termasuk jumlah penglibatan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti keupayaan dan pengalaman veteran ATM yang berpotensi, untuk dilibatkan dalam program berkenaan sekali gus memberikan mereka peluang pekerjaan.
"Jumlah veteran yang terlibat belum kita putuskan.. kita sedang lihat struktur (veteran ATM) kita dan keperluan guna tenaga veteran yang bersesuaian dengan PLKN.
"Ada dalam kalangan veteran ATM memang merupakan seorang jurulatih ketenteraan dan kita juga akan berikan sedikit latihan kepada veteran lain, agar mereka juga boleh menjadi sebahagian jurulatih PLKN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Akademi Al-Bayan di Kampung Pegoh di sini yang turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Akademi Al-Bayan Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan.
Dalam pada itu, Adly berkata Mindef sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan veteran ATM dan menyusun atau menawarkan kerjaya baharu kepada golongan itu, agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas menamatkan perkhidmatan.
Beliau berkata usaha berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama kementerian lain dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengikut kuota ditetapkan.
"Dalam sistem Mindef di bawah kerajaan MADANI (kerajaan Perpaduan), kita memang memberi keutamaan kepada veteran ATM, dalam apa juga program dan Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu," katanya.
Semalam, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ahli Majlis Veteran Kebangsaan Datuk Seri Ahmad Maslan, mencadangkan agar veteran ATM terutama yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dilibatkan dalam pelaksanaan PLKN.
Beliau dilaporkan berkata cadangan berkenaan memberi peluang kepada veteran ATM memberi khidmat latihan sebagai jurulatih PLKN, sekali gus membantu kelancaran program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (tiga, kiri) menyampaikan bantuan keperluan asas kepada penerima pada Program Misi Prihatin Al Bayan hari ini. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.
Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.
Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.
Pengisian program PLKN akan disusun semula - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan dengan kerjasama KBS sedang menyusun semula modul PLKN untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.