awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minyak sawit kembali curi perhatian

Bernama
Bernama
24/10/2019
23:43 MYT
Minyak sawit kembali curi perhatian
Karnival Deepavali di Bukit Jalil yang bermula dari 18 Okt dan akan berakhir Sabtu ini, menyediakan tawaran menarik kepada pengunjung, terutamanya masyarakat India. --fotoBERNAMA/Hiasan
Minyak sawit kembali mencuri perhatian. Kali ini, atas sebab lain.
Ia berlaku dalam satu pertandingan menggoreng muruku, kudapan terkenal masyarakat India menjelang sambutan Deepavali.
Dua puluh orang menggunakan 100 peratus minyak sawit Malaysia untuk menggoreng makanan ringan berasaskan tepung itu pada Rabu di Karnival Deepavali di Bukit Jalil, di sini anjuran Agenda Suria Communication Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Minyak Sawit Malaysia.
Pertandingan itu diadakan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kelebihan minyak sawit dan bagaimana untuk menggunakannya dalam pelbagai cara, kata Jaggarao Simancha, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communication.
"Kami bersama-sama Majlis Minyak Sawit Malaysia juga mahu menyampaikan satu mesej sejagat bahawa minyak sawit Malaysia adalah selamat, bersih dan menyihatkan untuk manusia," katanya kepada Bernama.
Pertandingan itu juga bagi menyokong kempen Kementerian Industri Utama "Love MY Palm Oil" untuk menentang lobi anti minyak sawit yang merupakan satu ancaman kepada kehidupan rakyat, katanya.
Karnival Deepavali yang bermula dari 18 Okt dan akan berakhir Sabtu ini, menyediakan tawaran menarik kepada pengunjung, terutamanya masyarakat India.
Banyak gerai disediakan di parkir terbuka yang ditransformasikan kepada lautan warna dan lampu hiasan.
Jaggarao berkata 450 gerai telah disediakan oleh pempamer dari Malaysia, India dan Pakistan menawarkan pakaian, sari, barang kemas, barang perhiasan dan kuih tradisional.
"Daripada 450 gerai, 65 peratus diusahakan oleh usahawan tempatan dan 35 peratus oleh peniaga asing. Antara 400,000 hingga ke 500,000 pelawat dijangka berkunjung ke karnival ini membeli-belah," katanya.
Penganut Hindu di seluruh dunia akan menyambut Deepavali pada 27 Oktober ini bagi meraikan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.
Festival Cahaya ini disambut pada Saturthasi Tithi, hari ke-14 bulan Lypasi, berdasarkan Kalendar Panjangam Hindu, setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agenda Suria Communication
#anti minyak sawit
#Bukit Jalil
#Deepavali
#India
#Jaggarao Simancha
#Karnival Deepavali
#Love MY Palm Oil
#Majlis Minyak Sawit Malaysia
#mesej sejagat
#minyak sawit
#peniaga
#selamat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan