awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
04/03/2021
11:10 MYT
Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Perkembangan COVID-19 di Sarawak pada Khamis dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam sidang medianya di Kuching. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Sarawak merekodkan pertambahan 361 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kepada 10,424 kes.
Miri menyumbang angka kes harian tertinggi dengan 89 kes diikuti Sibu (73), Bintulu (71), Betong (60), Kuching (22), Subis (11), Sarikei (9), Mukah (8), Kapit (6), Selangau dan Serian (4).
Manakala selebihnya tiga kes di Meradong dan satu di Julau.
Menerusi makluman Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Jumaat, Miri mencatatkan jumlah kes tertinggi pada hari ini berpunca dari platform minyak dan gas di Baram.
"Seramai 49 kes yang dikesan di daerah Miri adalah dari Baram Oil and Gas Platform. Kluster ini terjadi disebabkan terdapat pekerja day-trippers yang tidak mengikut SOP sedia ada, dan terdedah kepada jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko tinggi.
"Kes indeks dikesan semasa saringan survelan bagi pekerja setiap 7 hingga 10 hari," katanya dalam sidang media harian JPBN Sarawak.
Dalam pada itu, Uggah turut memaklumkankan JPBN telah mengambil keputusan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi rumah sewa Anong di Batu Lima dan Beverly Hills di Taman Beverly Hills, Bintulu.
JPBN Sarawak telah membuat penilaian risiko setelah kes positif yang melibatkan dua kawasan terbabit, maka PKPD dikuatkuasakan di lokaliti itu mulai 05 Mac (12.01 pagi) hingga 18 Mac 2021 (11.59 malam)," tambahnya.
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#JPBN Sarawak
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Kluster Baram
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan