awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miri catat IPU tidak sihat pagi ini

Bernama
Bernama
19/04/2019
02:03 MYT
Miri catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tidak sihat iaitu 188 direkodkan di Miri jam 5 pagi tadi. - Foto Twitter/@MORENWIN
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Miri merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 188 pada 5 pagi tadi.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan trend peningkatan bacaan IPU di bandar raya ini sejak malam tadi iaitu 117 pada 8 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, punca IPU mencatat bacaan tidak sihat adalah kerana faktor angin yang membawa jerebu ke Miri manakala asap daripada pembakaran terbuka di Kuala Baram masih ada di kawasan tepi jalan.
Bagaimanapun, bacaan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, kawasan yang teruk mengalami kebakaran belukar, ladang serta tanah gambut dapat dikawal dengan catatan bacaan sederhana iaitu 56 pada 6 pagi tadi.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPU
#JAS
#jerebu
#Kuala Baram
#Law Poh Kiong
#Miri
#pembakaran terbuka
#tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan