awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan

Bernama
Bernama
01/02/2024
20:30 MYT
Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata jumlah atlet yang akan menyertai Sukan Olimpik Khas Ketujuh Negeri Sarawak hanya dapat ditentukan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Olimpik Khas Sarawak yang akan diadakan di Bintulu pada April. - Gambar fail/Bernama
SIBU: Sukan Olimpik Khas Ketujuh Negeri Sarawak yang akan diadakan di Miri dari 23 hingga 24 Nov ini dijangka lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai atlet selepas penubuhan dua lagi cabang Olimpik Khas di Sarawak.
Pengerusi Olimpik Khas Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.
"Penubuhan dua cabang ini akan melengkapkan lagi Olimpik Khas Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, di sini semalam.
Tiga lagi cabang sedia ada adalah cabang Kuching, Sibu dan Miri.
Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, berkata jumlah atlet yang akan menyertai sukan itu kelak hanya dapat ditentukan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Olimpik Khas Sarawak yang akan diadakan di Bintulu, April nanti.
"Di situ baru kita akan tahu jenis-jenis sukan yang boleh dipertandingkan di Miri, bilangan atlet dan juga ahli jawatankuasa pertandingan yang akan terlibat," katanya.
Jenis sukan yang mungkin dipertandingkan termasuk olahraga, renang, bocce, badminton dan bola sepak.
Pertandingan sukan bagi individu berkeperluan khas tersebut diadakan selepas Para SUKMA Sarawak 2024 yang berlangsung dari 22 hingga 28 Sept ini.
Sukan Olimpik Khas Keenam diadakan di Sibu dari 1 hingga 3 Julai 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fatimah Abdullah
#Sukan Olimpik Khas
#individu berkeperluan khas
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan