awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi bantuan di Sabah mencabar kerana PKPD

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/11/2020
21:30 MYT
Misi bantuan di Sabah mencabar kerana PKPD
ABIM Sabah antara yang aktif memberi bantuan kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat COVID-19. - Foto Facebook ABIM Sabah
KUALA LUMPUR:Misi bantuan bagi penduduk Sabah yang terjejas akibat COVID-19 berdepan laluan mencabar susulan beberapa kawasan khususnya di timur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Naib Presiden Majlis Belia Sabah (ABIM), Hilmie Milus berkata, ia bagaimanapun tidak melunturkan semangat badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan.
"Kami hanya boleh bergerak di kawasan atau daerah tertentu. Di sesetengah kawasan, kami hanya boleh bergerak jika ada pasukan di situ.
"Antara bentuk bantuan yang sangat diperlukan ialah makanan asas kerana ramai penduduk di sini yang hilang pekerjaan susulan pandemik COVID-19.
"Selain itu, bantuan perubatan juga diperlukan untuk barisan hadapan yang kekurangan peralatan seperti PPE dan pelitup separuh muka, dan kami masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI.
Hilmie menambah, hampir keseluruhan lokasi di Sabah memerlukan perhatian dan bantuan memandangkan rata-rata penduduk negeri itu berpendapatan rendah dan bergantung kepada pendapatan harian.
"Kami masih menerima banyak permintaan daripada penduduk, data juga menunjukkan masih ramai yang terjejas belum menerima bantuan.
"Data yang kami ada sentiasa dikemas kini bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerana banyak NGO lain juga turut memberi bantuan.
"Kami mengalu-alukan sumbangan dan bantuan dari semenanjung, jika ada yang mahu menghulurkan bantuan bolehlah melayari Facebook ABIM Sabah dan dapatkan maklumat situ," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#pandemik
#COVID-19
#NGO
#ABIM
#Hilmie Milus
#bantuan
#berpendapatan rendah
#pendapatan harian
#mencabar
#terjejas
#kurang peralatan
#perubatan
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan