awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi mencari 23 kelasi yang hilang diteruskan

Bernama
Bernama
21/12/2022
02:50 MYT
Misi mencari 23 kelasi yang hilang diteruskan
Kapal HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand. - Foto AP
BANGKOK: Pasukan penyelamat Thailand bertungkus lumus untuk mengesan baki 23 lagi kelasi yang masih hilang dalam insiden kapal tentera laut karam di Teluk Thailand.
Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan sehingga kini seramai 75 kelasi telah diselamatkan dari kapal HTMS Sukhothai.
Pada Selasa pasukan penyelamat menemukan enam mayat dan seorang kelasi ditemukan masih hidup kira-kira 60 kilometer dari lokasi kapal itu karam dan mangsa dilaporkan stabil.
"Sehingga kini, terdapat 23 kelasi masih hilang," menurut pihak tentera.
HTMS Sukhothai yang membawa 105 kelasi mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan pada kira-kira 11.30 malam (waktu tempatan), Ahad.
Misi mencari dan menyelamat turut melibatkan kapal tentera laut dan helikopter, merangkumi kawasan seluas 50 kilometer persegi.
Ketua Turus Tentera Laut Laksamana Cholatit Navanukroa mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Laut Malaysia dan Amerika Syarikat yang menawarkan bantuan untuk membantu misi mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karam
#HTMS Sukhothai
#kelasi
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan