awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi Sumud Flotilla: Malam yang panjang untuk peserta

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2025
10:30 MYT
Misi Sumud Flotilla: Malam yang panjang untuk peserta
Peserta tidak dapat tidur sepanjang malam, malah ada yang mengalami trauma, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka. - Gambar AP
KUALA LUMPUR: Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza melalui malam yang panjang apabila konvoi mereka diserang dron dan sistem komunikasi mereka juga diganggu.
Wakil misi dari Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dalam panggilan telefon bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam, malah ada yang mengalami trauma, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat peserta.
“Semalam malam panjang untuk kami. Kami tidak tidur sehinggalah jam 5 pagi kerana terpaksa berjaga-jaga,” katanya sambil memaklumkan terdapat kapal lain yang mengalami kerosakan akibat serangan itu.
Menurut Ahmad Musa, serangan dron itu bukan saja dalam bentuk letupan tetapi juga pelepasan cecair kimia, serta gangguan komunikasi termasuk walkie-talkie yang digodam, menambahkan ketegangan.
“Kita tidak akan berganjak, tambahan pula dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia.
"Kami di sini sangat bangga membawa bendera negara, kerana hanya ada dua (pemimpin) kerajaan di dunia yang mengeluarkan kenyataan secara terus mengenai Gaza, dan salah seorangnya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,"katanya.
Konvoi itu kini berada di grey zone, kira-kira 750 batu nautika dari pesisir pantai Gaza, selepas 24 hari pelayaran. Konvoi disertai 53 kapal dengan sekitar 500 peserta dari pelbagai negara, termasuk 34 dari Malaysia.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Sumud Flotilla
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan