awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi tawan Everest, 'abang' bomba berlepas ke Nepal malam ini

Bernama
Bernama
07/04/2025
11:29 MYT
Misi tawan Everest, 'abang' bomba berlepas ke Nepal malam ini
Nor Hisham (enam, kiri) bergambar bersama para penaja Projek Pendakian Amal Bomba de Everest "Mencari Hati Emas" 2025 di KLIA Terminal 1 hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa bakal berlepas ke Nepal malam ini bagi melaksanakan misi pendakian Gunung Everest menerusi Projek Pendakian Amal Bomba de Everest 'Mencari Hati Emas' 2025.
Selain pencapaian peribadi, projek berkenaan juga bertujuan mengumpul dana bagi membantu anggota bomba yang tercedera atau terkorban sewaktu menjalankan tugas dan mereka yang masih dalam perkhidmatan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad menyifatkan usaha Mohd Fakhrul Munir sebagai suatu pengorbanan yang amat besar memandangkan beliau membawa nama jabatan dan negara ke persada dunia.
"Beliau telah secara sukarela mengambil cuti tanpa gaji bagi membolehkan persiapan rapi dibuat sebelum sampai ke peringkat akhir ini. Dan apabila beliau ambil cuti tanpa gaji ini, kita tahu bahawa pendapatan beliau tiada.
"Jadi kita doakan sama-sama saudara Fakhrul akan dipermudahkan perjalanan dan urusannya, agar pendakian lancar dan selamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Pendakian Bomba De Everest di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 di sini hari ini.
Mohd Fakhrul Munir, 43, yang berasal dari Sik, Kedah merupakan Anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) di Pangkalan Udara Wilayah Tengah, JBPM dan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia pendakian.
Kini bersedia secara fizikal dan mental, Mohd Fakhrul Munir menyifatkan segala persiapannya juga lancar dengan pengalaman mendaki sebelum ini di dalam dan luar negara banyak membantu beliau menyesuaikan diri dengan pendakian altitud tinggi.
"Setibanya di Kathmandu, saya akan melakukan beberapa pendakian terlebih dahulu untuk membiasakan diri bagi mengelak penyakit ketinggian atau acute mountain sickness (AMS) dan dijangka berada di Nepal selama dua bulan sebelum memulakan pendakian amal ini ke Gunung Everest.
"Pada Februari lepas saya tawan Gunung Kilimanjaro di Tanzania yang berketinggian 5,895 meter dari aras laut. Pengalaman di sana juga membantu saya menyesuaikan diri dengan ketinggian, terutamanya dari segi pernafasan, selera makan dan pola tidur," katanya.
Projek berkenaan mendapat sokongan penuh daripada pengurusan tertinggi JBPM dan dianjurkan bersama Kelab Kembara Kosmopolitan, Gedung Penawar Sdn Bhd dan Kumpulan Al Baghdadi Group Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#selera makan
#Gunung Everest
#cuti tanpa gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan