KUALA LUMPUR: Bukan setakat mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama dinobat Miss Globe 2023, kemenangan ini juga menjadi wadah untuk beliau memperjuangkan isu sejagat yang merentas sempadan dan memecah rintangan.
Ketika pergolakan konflik berterusan di Gaza dan dunia menyaksikan pelbagai paparan kesengsaraan yang ditanggung penduduknya, kejayaan Manvin Khera ini adalah pemangkin komitmen untuk mencetus perubahan.
Ia juga membuktikan bahawa meskipun diselubungi kesukaran, ia bukan penghalang untuk seseorang menggapai impian dan menjadi pencetus inspirasi untuk yang lain.
Memiliki sifat penyayang, kemanusian serta kebaikan, model yang bercita-cita untuk menjadi peguam hebat ini menyeru agar ada usaha kolektif untuk merapatkan jurang, memahami perbezaan serta berusaha ke arah dunia bebas daripada keganasan dan kebencian.
"Ubah diri anda sebagaimana anda mahu dunia berubah ... Sifat tamak manusia adalah punca semua penderitaan yang sedang berlaku di seluruh dunia dan ia perlu dinoktahkan. Banyak perkara sedang berlaku sekarang yang merobek hati saya, mendengar suara jeritan meminta pertolongan dan insan yang tidak berdosa maut pada usia yang amat muda.
"Walaupun umur saya sudah mencapai 22 tahun, saya masih belum puas hidup dan saya mahu hidup lebih lama," Manvin berkongsi perasaannya dengan Bernama dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini.
Wanita tinggi lampai ini memenangi mahkota Miss Globe apabila menewaskan lebih 50 orang ratu cantik lain. Pertandingan Miss Globe ini berlangsung di Sports Palace in Durres, Albania, pada 17 November lepas. Gelaran Miss Globe sebelum ini disandang oleh Anabel Payano dari Republik Dominika.
Untuk rekod, Manvin dimahkotakan sebagai Ratu Wanita Malaya pada Oktober 2022 dan sekali gus memegang gelaran Miss Globe Malaysia 2023.
ADVOKASI UNTUK KENALKAN TARIKAN MALAYSIA
Berasal dari Ipoh, Perak dan membesar di kota metropolitan Kuala Lumpur, peluang berbicara dengan beliau menyerlahkan hakikat bahawa Manvin bukan setakat dianugerahkan dengan kecantikan tetapi juga hati waja untuk menyempurnakan misinya.
Beliau yang sedang mengikuti pengajian undang-undang di sebuah kolej terkemuka di ibu kota ini menanam tekad untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa, bukan semata-mata untuk pencapaian peribadi tetapi komitmen untuk mengharumkan nama Malaysia.
"Ramai meletakkan harapan tinggi untuk saya mengibar megah Jalur Gemilang dan saya bangga untuk berkongsi di sini bahawa semasa pertandingan Miss Globe saya memang mengibar bendera Malaysia di pentas pertandingan," kata Manvin yang juga memenangi gelaran Miss Talent pada pertandingan berkenaan.
Sebagai duta globe, pada tahun 2024, beliau merancang untuk membawa bersama tradisi serta warisan Malaysia ke setiap penjuru dunia, termasuk keindahan pakaian Cheongsam dan Songket.
Menjadi aspirasi beliau untuk mempromosikan kepelbagaian kebudayaan negara ini yang menjadikan Malaysia unik dan indah.
Untuk tahun hadapan (2024), Manvin akan menjelajah beberapa negara, antaranya Kazakhstan, Sepanyol, Portugal, Filipina, Yaman dan Thailand dan bagi Manvin, ia bukan setakat perayaan kebudayaan tetapi peluang untuk memperkenalkan Malaysia.
Miss Globe 2023 ini juga handal dalam bidang sukan iaitu sukan memanah dan bola sepak di samping gemar aktiviti lasak seperti kembara hiking dan berasa tenang di kelilingi alam semula jadi. Bagi Manvin, advokasi untuk alam sekitar adalah pendorong kuat, ditambah kebimbangannya tentang kesejahteraan bumi.
Pencemaran plastik turut menjadi kebimbangan ratu cantik ini dan untuk itu, beliau menggalakkan perniagaan kecil mengamalkan gaya hidup mesra ekologi dengan melaksanakan amalan bebas plastik dalam kegiatan perniagaan mereka.
Beliau turut menyatakan keyakinannya bahawa mendidik masyarakat global tentang kesan buruk plastik sekali pakai ke atas alam sekitar bermula dengan masyarakat setempat.
"Sekali lagi, berubahlah jika anda mahu dunia berubah seperti yang anda inginkan," katanya, sambil menekankan bahawa dianggarkan terdapat 160 juta tan metrik sisa plastik di dalam lautan.
KEASLIAN CIRI PENTING UNTUK MENANG RATU CANTIK
Apabila ditanya tentang nasihat yang ingin beliau kongsikan dengan mereka yang ingin menjadi ratu cantik, Manvin menekankan bahawa mereka perlu memiliki sifat 'keaslian'.
Beliau menjelaskan, dalam dunia yakni pertandingan ratu cantik yang sering menekankan glamor, yang penting perlu jujur dengan diri sendiri.
"Keaslian bagi saya adalah penting. Apa pun apa yang anda lakukan dan nyatakan, anda perlu kekalkan diri anda dan mempunyai niat yang murni.
"Jadilah diri anda sendiri, jangan berpura-pura. Kekal asli dan pamerkan diri yang sebenar. Keaslian adalah kunci untuk seseorang itu berbeza daripada yang lain," kata Manvin yang juga mencipta nama dalam dunia fesyen dan hiburan.
Manvin turut yakin senyumannya yang mencerminkan perasaan gembiranya adalah juga sumber tenaga positif yang menjadikan beliau mudah mesra dengan orang lain.
Di akhir wawancara, beliau berharap kemenangannya sebagai Miss Globe 2023 akan membuka ruang untuk Malaysia memenangi lebih banyak gelaran ratu cantik di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
Manvin yang sedang mengikuti pengajian undang-undang di sebuah kolej di ibu kota ini menanam tekad untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa. - Foto BERNAMA
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Banjir: Jalan putus, situasi luar jangka antara cabaran anggota bomba
Situasi jalan putus di kebanyakan lokasi banjir antara cabaran utama dihadapi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika bertugas.
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Miss Globe 2023 rayu dunia bebas daripada keganasan dan kebencian
Kejayaan Manvin Khera juga membuktikan bahawa meskipun diselubungi kesukaran, ia bukan penghalang untuk seseorang menggapai impian.
Mahkota Miss Globe 2023 milik ratu cantik Malaysia
Miss Globe Malaysia, Manvin Khera dinobat sebagai juara ratu cantik Miss Globe kali ke-20 mengalahkan 52 delegasi negara dunia lain.