PUCHONG:Misteri kehilangan seorang warga emas sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam but kereta malam tadi.
Kejadian disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari kenderaan jenis Volvo yang diletakkan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong.
Polis yang dimaklumkan tiba kira-kira jam 7 malam sebelum pasukan bomba dan penyelamat dari Puchong dikejarkan ke lokasi bagi membantu mengumpil but kereta berkenaan.
Mangsa dikenal pasti sebagai Loh Sin Kan, 70.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata mangsa dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu.
Seorang suspek berusia 40 tahun kemudian ditahan setelah didapati menggunakan kad kredit mangsa pada 2 Januari lepas.
"Mangsa ialah orang hilang yang dilaporkan pada 1 Januari lalu. Kad kredit mangsa pula digunakan pada 2 Januari.
"Polis memulakan siasatan selepas suspek yang guna kad kredit mangsa ditahan di Kuala Klawang," kata Nik Ezanee.
Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada 31 Disember lalu susulan perbalahan berhubung pembelian tayar.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universitiu Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.
Astro Awani
Wed Jan 06 2021

Mayat Loh Sin Kan ditemukan di dalam but kereta yang diletakkan di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong malam tadi. -Bernama

Lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKPD di beberapa lokasi di Sarawak, Sabah dan Kelantan
Menurut Menteri Kanan Pertahanan pelaksanaan itu dibuat susulan peningkatan kes di lokasi-lokasi terbabit.

Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan memberangsangkan - Wee Ka Siong
Pengurangan saman ini bagi membantu orang ramai untuk membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberi pengajaran supaya patuh peraturan jalan raya.

Mekanisme lama masih diguna kawal harga makanan - MAFI
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih mengekalkan mekanisme dan dasar sama seperti sebelum ini, dalam mengawal kenaikan harga makanan di pasaran.

Jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini 1,370, berikut tumpuan media KKM hari ini
Lima korban akibat COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia kini 1,370.

COVID-19: Sekolah antara lapan kluster baharu dikesan
Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan negeri Sarawak, Sabah, Johor, Selangor dan Pahang.

Harga Barang | Dasar, mekanisma kawal harga masih sama
Dasar dan mekanisma dalam mengawal harga barangan di pasaran yang diguna pakai ketika ini merupakan daripada kerajaan terdahulu. Namun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini mendorong berlaku peningkatan harga barangan dan kekangan lain.

Stok Ramadan, Raya | Bekalan daging lembu dalam negara cukup
Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut beri jaminan bekalan daging lembu dalam negara mencukupi sepanjang bulan Ramadan hingga musim perayaan Aidilfitri nanti. Katanya sebanyak 10 ribu metrik tan bekalan daging telah diperuntuan untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri.

Harga Ayam Naik | Kos pengeluaran mungkin punca kenaikan harga
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP bagi mengatasi kenaikkan harga ayam, sayur dan barangan makanan yang lain. Katanya peningkatan harga mungkin disumbangkan beberapa faktor termasuk kos pengangkutan dan harga makanan ayam.

17 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Misteri warga emas hilang terjawab, mayat dijumpai dalam but kereta
Kejadian disedari orang awam yang terhidu bau busuk dari kenderaan jenis Volvo dipercayai milik pelanggan mangsa.