KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah mengemukakan cadangan 'One-Time Subsidy' untuk pemilikan kenderaan elektrik (EV) bagi menggalakkan perkembangan industri itu di negara ini.
Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
"Diperhatikan pemberian 'One-Time Subsidy' ini dapat menggalakkan rakyat beralih daripada menggunakan kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV dan seterusnya membantu negara mengurangkan subsidi petrol untuk jangka masa panjang.
"Cadangan ini sedang diperhalusi oleh MoF," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Liew menjawab soalan tambahan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu sama ada galakan disediakan untuk menarik minat golongan M40 yang berkemampuan memiliki EV pada masa akan datang.
Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang diumumkan kerajaan pada 2020 menggariskan sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 iaitu 9,000 unit adalah pengecas AC (arus ulang-alik) dan 1,000 unit pengecas DC (arus terus).
Pada 2023, jumlah jualan tahunan BEV baharu dalam negara telah meningkat lebih 400 peratus iaitu sebanyak 13,257 unit berbanding jumlah jualan tahunan sebanyak 3,127 unit pada 2022.
Setakat 31 Dis 2023, sejumlah 2,020 unit pengecas telah dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, iaitu 1,591 unit adalah jenis AC dan baki 429 unit, jenis DC.
Beliau berkata cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 selain MITI bersama agensi berkaitan, Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran meningkatkan sasaran pengecas DC.
"Hasil penemuan kajian tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat NEVSC yang akan diadakan pada suku kedua tahun ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menyatukan bayaran perkhidmatan sistem pengecas EV dalam satu aplikasi, Liew berkata kerajaan memang berhasrat untuk mengadakan aplikasi dan menggabungkan semua aplikasi bagi pembayaran pengecas EV.
"Tetapi ia memerlukan kerjasama daripada pengendali pusat pengecasan (CPO) dan kerajaan dalam usaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak CPO bagi mewujudkan kebolehoperasian antara semua syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC). -Gambar hiasan
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV
Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).