awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI dijenama semula sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

Bernama
Bernama
12/04/2023
03:21 MYT
MITI dijenama semula sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Dengan penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau dalam Bahasa Inggeris 'Ministry of Investment, Trade and Industry', mengekalkan akronim yang sama iaitu MITI.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkenaan berkata penjenamaan semula ini adalah seiring dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Mesyuarat Kabinet bertarikh 5 April.
"Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa serta memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan," katanya.
Katanya keputusan itu juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara yang digariskan di dalam wadah Kerajaan MADANI.
"Dengan penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana," jelas kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#penjenamaan semula
#aktiviti penggalakan pelaburan
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan