KUALA LUMPUR:Kemeriahan menyambut perayaan, tidak kira untuk apa-apa agama dan bangsa, tidak akan meriah tanpa tradisi memberi ucapan dan ziarah menziarahi.
Memberi ucapan sebagai tanda ingatan pada satu-satu perayaan dan saling menziarahi merupakan tradisi yang telah sebati dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Bersesuaian dengan peredaran zaman, Mitra Edge memperkenalkan sebuah program e-ucapan secara atas talian sebagai satu platform yang boleh digunakan untuk membuat ucapan sempena sambutan Tahun Baru Cina serta lain-lain perayaan yang akan disambut pada tahun ini.
Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Latef Mohd, pihaknya telah membangunkan sistem e-ucapan atau 'e-greetings' dengan menggunakan pendekatan teknologi dan sistem digital secara kreatif.
“Idea ini muncul sewaktu kita menghadapi impak pandemik COVID-19 ini, dan kami berasakan seharusnya Mitra Edge memanfaatkan kepakaran teknologi syarikat untuk membantu merealisasikan program e-ucapan ini demi mengukuhkan semangat ukhuwah dan silaturahim sesama rakyat Malaysia berterusan dengan ucapan-ucapan istimewa di musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Abdul Latef berkata, individu, keluarga dan syarikat-syarikat perniagaan, rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara boleh meraikan dan mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina secara berkesan, mesra dan mudah melalui laman sesawang www.malaysiagreeetings.com.
Katanya pihaknya mengambil inspirasi perumpamaan, “walaupun jauh di mata, namun dekat di hati” untuk menghasilkan inisiatif istimewa ini.
"Mitra Egde berhasrat mnghubungkan dan menyatukan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi di musim perayaan sebagaimana seruan kerajaan untuk mengekalkan keharmonian kehidupan rakyat berbilang kaum dan budaya," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Feb 05 2021
Rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara boleh meraikan dan mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina secara berkesan, mesra dan mudah melalui laman sesawang www.malaysiagreeetings.com. - Gambar hiasan
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diteruskan
Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Penetapan harga maksimum RM499 ini adalah penurunan harga ambang yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu RM599.
Little India Jalan Tengku Kelana kekal meriah, harga murah jadi pilihan persiapan Deepavali
Kawasan itu sesak dengan orang ramai yang ingin membeli barangan bagi persiapan akhir susulan hari minggu walaupun dalam keadaan cuaca agak panas.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
Wat Uthissak Thammo jadi tarikan pelancong, lokasi penggambaran pengantin
Wat Buddha pertama di Malaysia dengan sembilan 'chedi' atau stupa itu menampilkan seni reka arkitek sama seperti di Thailand.
Bekalan lembu untuk Aidiladha di Johor cukup - Exco
Setakat ini tiada laporan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga jualan daging lembu diterima.
4,000 rai Hari Vaisakhi, tiga hari himpun penganut Sikh
Hari Vaisakhi yang dirayakan selama tiga hari sudah bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir pada Ahad.
[KOLUMNIS] Sengsara di Aidilfitri: Apa yang anda perlu jaga jika menghidap penyakit ini?
Penghidap beberapa jenis penyakit harus sedar wujud kesan sampingan daripada pemakanan yang tidak dijaga semasa musim perayaan.
MAHB catat jumlah pergerakan penumpang lebih 11 juta pada Februari 2024
Antara faktor penyumbang adalah cuti sekolah selama sebulan, Festival Musim Bunga Cina selama lapan hari, pengenalan syarikat penerbangan baharu dan kekerapan tambahan.
Tunku Mahkota Ismail rasmi Festival Perarakan Chingay 2024
Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.