Skip to main content

Malaysia

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di Pantai Balok

Sumber: Adobe Stock
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di Pantai Balok, Kuantan, petang semalam. - Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di Pantai Balok, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang.

Advertisement

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak lama kemudian, sebelum memulakan operasi pencarian di pesisir pantai dengan bantuan orang awam.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Mohd Salahuddin berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuantan turut dimaklumkan mengenai kejadian tersebut bagi membantu operasi pencarian.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video