Draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau telah dimuktamadkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang dijalankan pada semalam (Rabu).
Bagaimanapun katanya, prosedur pelaksanaan termasuk kuota jemaah tertakluk kepada kuasa badan agama negeri dan Jakim hanya berperanan sebagai penyelaras dan penanda aras dalam menyediakan draf ketetapan.
Katanya, mufti-mufti akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum SOP baharu negeri diumumkan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik COVID-19.
“Kita semalam dalam muzakarah MKI yang disertai mufti-mufti seluruh negara kita telah membuat satu SOP untuk diserahkan kepada negeri masing-masing. kerana soal agama ini soal negeri.“Sebab itu silaplah, kadang-kadang netizen marah, masjid tak boleh datang ramai ini bukan tugas kita. Kita tak boleh campur urusan agama, kita kena hormat , itu adalah merupakan bidang kuasa mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program penyerahan Foodbank YAPEIM dan kotak makanan YADIM di Masjid Al-Wahhab Permatang Duyong, Melaka pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, mengulas perkembangan sebilangan kecil guru-guru yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19, beliau menyeru supaya golongan itu memberi kerjasama kepada kerajaan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Katanya, nyawa anak murid dan pelajar tidak boleh ‘digadaikan’ selain perlu mengambil kira keputusan pengambilan vaksin COVID-19 bukan sahaja berlandaskan pandangan ulama dalam negara sahaja, malahan negara Islam seluruh dunia.

KKR pertimbang permohonan hadkan pemberian lesen kontraktor baharu - Abdul Rahman
KKR akan mempertimbangkan permohonan untuk mengehadkan pemberian lesen baharu kepada kontraktor pelbagai kelas ekoran rungutan yang disuarakan oleh beberapa pihak.

Tiada tawaran Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa ada pihak dalam kerajaan menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dulu belajar melalui YouTube, kini tempahan pisau masuk istana
Kemalangan motosikal yang menimpa Ahmad Faizzon Mamat, 40, sedekad lalu telah mengubah hidup bekas jurutera itu apabila dia hilang upaya untuk bekerja.

Tiada niat rahsiakan pertunangan, Ubai lebih utamakan kesihatan ibu
Tidak berniat untuk merahsiakan pertunangan, Ubai menjelaskan kesihatan ibunya yang baru lepas menjalani kimoterapi menjadi keutamaan mereka.

Semak arah kiblat melalui bayang matahari jam 5.18 petang ini
Rakyat Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat dengan tepat menerusi fenomena Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang, Ahad.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United - Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Anwar harap penganjuran LIMA terus bawa kejayaan kepada negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara.

RM5 juta kepada MBM, perkasa penyertaan belia wanita - PM Anwar
Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasa peranan pertubuhan itu.

HAWANA 2023: Kerajaan bincang dengan platform media sosial isu plagiat laporan berita
Kerajaan sedang mengadakan siri perbincangan dengan syarikat-syarikat penyedia platform media sosial termasuk berkaitan isu hak cipta bahan berita yang diterbitkan.

Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.

PRN: Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus
Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kini hampir 50 peratus selesai.

'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.

'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.

PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki
Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.

Berkempen jangan kejar populariti semata-mata - Idris
Katanya, pihak terbabit juga tidak seharusnya menampilkan unsur atau perkara yang tidak wujud.

Beri laluan solat Maghrib sebelum aksi final Piala AFC 2022 - Idris
Idris meminta agar perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang menemukan wakil Malaysia, KL City dan wakil Oman, Al Seeb, dilewatkan sedikit bagi memberi ruang penyokong untuk solat Maghrib.

Lapor kepada jabatan agama jika pendakwah luar negara meragukan
Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.