awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKI putuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyeleweng

Bernama
Bernama
31/12/2024
15:52 MYT
MKI putuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sesat, menyeleweng
Nooh berkata keputusan itu adalah berdasarkan hujah dan fakta dikemukakan penyelidik menerusi kajian serta dapatan yang dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran ucapan dan dialog yang disampaikan menerusi media digital. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut berkata keputusan itu adalah berdasarkan hujah dan fakta dikemukakan penyelidik menerusi kajian serta dapatan yang dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran ucapan dan dialog yang disampaikan menerusi media digital.
Beliau berkata antara ciri penyelewengan ajaran itu adalah mendakwa Allah SWT harus mempunyai anak, Allah SWT seolah-olah mempunyai sifat dan jisim sama seperti makhluk, menyesatkan pegangan ASWJ serta mendakwa akidah para ulama ASWJ seperti Imam Abu al-Hasan al-Ashaari, Imam al-Syahrastani dan Imam al-Ghazali mempunyai pegangan sama dengan akidah golongan Jahmiyyah yang sesat.
"Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dan dilarang berpegang padanya, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamal atau menjadi pengikut atau ejen.
"Mana-mana orang yang berpegang padanya, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut hendaklah bertaubat nasuha," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nooh berkata perkara tersebut diputuskan jawatankuasa itu yang bersidang bagi membincangkan mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem pada 24 hingga 26 Sept lepas.
Selain itu, beliau berkata umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan ASWJ dari aspek akidah berdasarkan manhaj Asyairah dan Maturidiah, dari segi syariah berpandukan mazhab Shafie serta mazhab muktabar lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali.
"Manakala dari segi tasawuf atau akhlak, berpandukan manhaj Imam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar," katanya.
Katanya pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan hendaklah mengambil tindakan menyekat ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem kerana ia mengancam akidah umat Islam, perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan penyelaras telah menyembah maklum pandangan hukum itu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi MKI dan seterusnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 pada 23 dan 24 Okt lepas.
"Dalam hal ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang telah dipersetujui dan pihak berkuasa negeri-negeri boleh mempertimbangkan keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem
#sesat
#MKI
#Nooh Gadut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan