awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS

Bernama
Bernama
04/02/2026
03:00 MYT
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Semalam, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya. - Gambar/ Media sosial
SEREMBAN: Premis makanan yang didakwa mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula, telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam.
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan arahan penutupan premis tersebut dilakukan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Pada hari ketiga pihak penguat kuasa akan buat pemeriksaan semula sama ada tindakan telah diambil. JKNNNS memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan diwajibkan untuk memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.
"Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan kejadian keracunan. JKNNS sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna," menurut kenyataan tersebut.
Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan "perhati dan pilih" semasa memilih premis makanan serta "lihat, hidu, rasa" kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.
Semalam, tular di Facebook apabila seorang pengguna memuat naik rakaman dan gambar memaparkan seorang pekerja kedai dipercayai sedang membasuh lebihan makanan seperti ayam dan daging untuk digunakan semula keesokan harinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#cuci lebihan makanan
#recycle makanan tak habis
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan