SHAH ALAM: Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menubuhkan empat jawatankuasa untuk memperkasakan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini khususnya bagi menyeragam dan menggalak persamaan dalam bidang perundangan Islam, pengurusan hal ehwal Islam, pendidikan Islam dan penyelarasan fatwa.
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan; Jawatankuasa Muzakarah MKI; Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan dan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan yang akan diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, penubuhan empat jawatankuasa itu dibuat untuk memperkukuh MKI susulan keputusan Majlis Raja-Raja yang memperkenankan Peraturan-Peraturan baharu MKI bagi menggantikan Peraturan MKI yang diguna pakai sejak 1968.
Beliau berkata, pada 10 Mac lepas, Majlis Raja-Raja telah berkenan agar MKI distruktur semula bagi memperkukuh fungsinya selaras dengan cabaran zaman dan keperluan tadbir urus semasa.
"Peraturan MKI yang baharu ini telah memperuntukkan kuasa MKI bagi menubuhkan apa-apa jawatankuasa dengan perkenan Majlis Raja-Raja untuk menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan fungsi MKI," katanya ketika berucap pada majlis pengurniaan watikah pelantikan dan penghargaan ahli dilantik jawatankuasa bawah MKI di sini hari ini.
Hakimah yang juga Setiausaha MKI berkata, majlis itu dan agensi Islam yang berperanan besar dalam urus tadbir negara yakin bahawa jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuh di bawah MKI dapat bergerak dengan progresif pada masa hadapan.
Katanya, majlis itu juga diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada ahli dilantik sebelum ini yang tamat pelantikannya seiring dengan penstrukturan semula MKI.
Watikah pelantikan dan penghargaan itu disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi MKI. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan menerima cenderahati berupa senaskah Al-Quran daripada, Datuk Hakimah Mohd Yusoff. - Gambar BERNAMA
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
MKI tubuh empat jawatankuasa bagi perkasa pengurusan hal ehwal Islam
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, Muzakarah, Perundangan Islam dan Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.