awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN tingkatkan pengurusan SOP banjir

Bernama
Bernama
21/10/2015
00:53 MYT
MKN tingkatkan pengurusan SOP banjir
SHAHIDAN: Apa yang penting adalah pengurusan di peringkat komuniti berjalan dengan lancar tanpa kesulitan seperti yang berlaku pada banjir tahun lepas.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat persediaan rapi untuk menghadapi musim tengkujuh, antaranya meningkatkan kualiti pengurusan komuniti ketika membantu mangsa banjir.
Persiapan yang dilakukan turut merangkumi aspek penyediaan stor simpanan makanan dan pusat perpindahan di negeri berpotensi banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata persediaan itu dibuat lebih awal selaras dengan usaha menambah baik prosedur operasi standard dalam membantu mangsa banjir.
"Kita akan buat stor simpanan makanan serta-merta yang jika berlaku kecemasan seperti banjir, mangsa dapat diberi makanan secepat mungkin.
"Apa yang penting adalah pengurusan di peringkat komuniti berjalan dengan lancar tanpa kesulitan seperti yang berlaku pada banjir tahun lepas," katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan misi bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang memadamkan kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia, di Stesen Udara APMM Subang di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Setiausaha MKN Ogu Salim berkata sebuah pesawat sememangnya diletakkan dalam keadaan sedia di Subang untuk tujuan operasi pembenihan awan bagi mengurangkan jerebu.
Menurutnya, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Meteorologi untuk melakukan pembenihan awan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia.
"Cumanya sekarang ia dibuat bergantung kepada fisibiliti penerbangan dan kewujudan awan yang sesuai memandangkan keadaan jerebu yang teruk," katanya.
Beliau berkata pembenihan awan dibuat 65 kali sejak Mac lalu.
Topic Berkaitan
#kualiti pengurusan komuniti
#Majlis Keselamatan Negara
#mangsa banjir
#MKN
#musim tengkujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan