awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram

Bernama
Bernama
26/01/2025
20:30 MYT
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder berkata semua doktor yang mengamalkan perubatan di Malaysia wajib berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengalu-alukan tindakan tegas yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen terhadap 10 premis di Kuala Lumpur yang didakwa digunakan oleh warga asing untuk mengendalikan klinik kesihatan secara haram.
Presiden MMA Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira, dalam satu kenyataan semalam, turut menggesa orang ramai agar terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
MMA menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan hanya daripada fasiliti kesihatan yang diiktiraf dan berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kualiti rawatan.
"MMA sangat bimbang dengan laporan mengenai 10 premis di Kuala Lumpur yang didakwa digunakan oleh warga asing untuk mengendalikan klinik kesihatan haram sepanjang tahun lalu.
"Amat membimbangkan apabila 'klinik-klinik' ini dilengkapi dengan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan peralatan perubatan palsu, manakala rawatan diberikan oleh individu yang tidak berkelayakan," kata Dr Kalwinder.
Dr Kalwinder berkata semua doktor yang mengamalkan perubatan di Malaysia wajib berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan (APC) yang sah.
Selain itu, semua premis klinik, mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998, perlu berdaftar dengan Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan.
Pada Sabtu, media melaporkan bahawa Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan telah menutup 10 premis di ibu negara yang dipercayai telah beroperasi secara haram sebagai klinik yang dikendalikan oleh warga Bangladesh sejak setahun lalu.
Pihak berkuasa telah menyerbu premis yang menyamar sebagai restoran atau kedai runcit di 10 lokasi sekitar bandar, termasuk Jalan Tun Siew Sin, Leboh Pudu, dan Jalan Silang, dan menahan 10 lelaki Bangladesh berusia antara 31 hingga 50 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MMA
#klinik kesihatan haram
#fasiliti kesihatan yang berdaftar
#Kalwinder Singh Khaira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan