awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MMA tidak setuju mogok doktor kontrak

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
29/03/2023
12:10 MYT
MMA tidak setuju mogok doktor kontrak
Muruga turut menggesa doktor kontrak untuk tidak meneruskan mogok berkenaan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) tidak bersetuju dengan tindakan mogok sebagai cara untuk mendesak kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi doktor kontrak.
Bagaimanapun, presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai mengakui pihaknya faham mengapa tindakan tersebut diambil.
Pada masa sama Muruga turut menggesa doktor kontrak untuk tidak meneruskan mogok berkenaan.
"Pada sisi lain, MMA juga menggesa kerajaan untuk segera menunaikan janji membantu doktor kontrak. Kami berpendapat, Kementerian Kesihatan dan kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menangani masalah yang dihadapi doktor ini walaupun ia akibat kegagalan polisi pada masa lalu.
"Antara rintihan kumpulan doktor kontrak berkenaan melibatkan kedudukan penjawatan mereka, selain tempoh waktu kerja yang disifatkan terlalu panjang. Situasi berkenaan menyebabkan kumpulan doktor kontrak berkenaan merasa mereka dieksploitasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, satu kumpulan yang dikenali sebagai "Mogok Doktor Malaysia" mamaklumkan, kira-kira 8,000 doktor kontrak bercadang menyertai mogok yang akan diadakan pada bulan depan.
Kumpulan itu juga mengancam bahawa pekerja kesihatan boleh bertindak meletak jawatan secara beramai-ramai.
Topic Berkaitan
#MMA
#Kementerian Kesihatan
#mogok
#desak kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan