Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan mencadangkan agar Bank Perumahan diwujudkan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak berjaya membuat pinjaman rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan bank-bank sedia ada.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu dijangka dibawa ke kabinet selepas pembentangan Bajet 2015 bulan depan.
Ujar beliau, bank sedia ada tidak dapat memberikan pinjaman perumahan kepada pemohon berikutan tidak memenuhi syarat-syarat ketat termasuk pendapatan yang ditetapkan Bank Negara.
"Bank Perumahan ada dicadangkan kerajaan negeri Johor di mana bank ini bagi memastikan secara khusus memproses permohonan-permohonan pinjaman perumahan,"
"Ada aduan pemohon tidak berjaya buat pinjaman sebab syarat Bank Negara yang agak ketat termasuk pendapatan bersih, dan fiskal polisi," katanya selepas Mesyuarat Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan ke-68 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Tambah beliau, Bank Perumahan mampu menjadi alternatif kepada pemohon jika tidak berjaya membuat pinjaman dengan bank lain termasuk bank perdagangan.
"Walaupun sekarang ni bank perdagangan mempunyai skim pinjaman perumahan tetapi sebab mereka ada pertimbangan lain dari segi keuntungan, risiko , kuota, berapa banyak dana diperlukan dalam perbankan,"
Ujarnya, Bank Perumahan dilihat lebih efisyen memandangkan tumpuannya hanya kepada aspek perumahan.
"Bank Perumahan ini boleh bertindak lebih cepat dan mengurus risiko pinjaman perumahan ini lebih berkesan sebab pengkhususan dalam satu portfolio sahaja iaitu perumahan," jelas beliau.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 18 2014
Cadangan itu dijangka dibawa ke kabinet selepas pembentangan Bajet 2015 tahun depan. - Foto Fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.