awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mobilisasi penghantaran vaksin COVID-19 di Kapit dirancang rapi - Ahli Parlimen Hulu Rajang

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/02/2021
09:18 MYT
Mobilisasi penghantaran vaksin COVID-19 di Kapit dirancang rapi - Ahli Parlimen Hulu Rajang
Bagi proses mobilisasi penghantaran vaksin di kawasan yang masih boleh diakses menggunakan jalan darat, penghantaran vaksin akan dijayakan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. - Foto Facebook/Wilson Ugak Kumbong
KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan proses mobilisasi vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di daerah Kapit, penjadualan penghantaran diatur berdasarkan kedudukan geografi sesuatu kawasan.
Ini kerana masih terdapat lokasi penempatan yang tidak boleh diakses menggunakan jalan darat dengan tempoh yang cepat.
Justeru Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata penghantaran vaksin di kawasan pedalaman yang jauh akan menggunakan pengangkutan udara seperti helikopter.
“Kita sudah membuat jadual untuk kawasan-kawasan seperti di Long Unei, Long Busang dan Long Jaweh, kita akan menggunakan perkhidmatan helikopter bagi menghantar vaksin.
“Bagi kawasan pedalaman di Baleh, kaedah sama digunakan dan kita akan menggunakan setiap fasiliti seperti sekolah dan klinik berdekatan dengan penduduk sebagai tempat menerima vaksin,” katanya.
Vaksin COVID-19 | Kesedaran penduduk pedalaman terus dipertingkat
Tambahnya, bagi proses mobilisasi penghantaran vaksin di kawasan yang masih boleh diakses menggunakan jalan darat pula, penghantaran vaksin akan dijayakan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Usaha ini melibatkan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Pejabat Residen Bahagian Kapit dan pejabat daerah.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#vaksin di Kapit
#COVID-19 di Sarawak
#penularan kes di Kapit
#Wilson Ugak Kumbong
#akses jalan darat di Kapit
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan