awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOBIM bantu guru laksana kurikulum lebih berkesan - KPM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
07/11/2023
11:33 MYT
MOBIM bantu guru laksana kurikulum lebih berkesan - KPM
Noraidah Nordin berkata MOBIM menggunakan pendekatan didik hibur dan ansur maju untuk memastikan penguasaan oleh murid lebih mantap. - foto Facebook KPM
KUALA LUMPUR: Modul Bimbingan (MOBIM) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu guru untuk menyampaikan kandungan pengajaran dalam tempoh masa yang diperuntukkan dengan berkesan.
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, Nor’aidah Nordin berkata MOBIM menggunakan pendekatan didik hibur dan ansur maju untuk memastikan penguasaan pengetahuan oleh murid lebih mantap.
“Kalau kita lihat Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), kita ada kandungan pelajaran untuk satu tahun pengajaran dan kita ada peruntukan waktu sedia ada. Tetapi untuk bantu guru mengajar semua kandungan tersebut menggunakan peruntukan waktu yang sedia ada, kita strategikkan dalam Modul Bimbingan (MOBIM).
“Maksudnya kita atur beberapa kandungan pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam satu waktu mengajar. Jadi dengan itu, daripada beberapa mata pelajaran itu boleh dilaksanakan sekali. Apabila kita taburkan, kita dapati cukup untuk setahun kita mengajar kandungan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Nor’aidah memberi contoh pengajaran subjek Matematik yang dimulakan dengan menggunakan bahan maujud. Selepas murid menguasai operasi asas pengiraan menggunakan objek, maka pengajaran ditingkat taraf kepada pemahaman Matematik melalui pendekatan bergambar, sebelum pendekatan secara abstrak.
“Dalam MOBIM apabila kita cadangkan aktiviti tersebut kita nyatakan juga rujukan dalam buku teks. Dalam MOBIM juga kita sediakan lembaran kerja.
“Apabila guru boleh mengadaptasi contoh-contohnya diberikan, ia akan membantu guru untuk mengajar dalam peruntukan masa sedia ada dan membantu murid kuasai konsep-konsep tersebut,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#MOBIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan